Infotainment

Suami Pelakon Dakwa Isteri ‘Diculik’ Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol?

Suami Pelakon Dakwa Isteri ‘Diculik’ Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol?
Suami Pelakon Dakwa Isteri 'Diculik' Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol? 1

Kini Trending

Suami Pelakon Dakwa Isteri 'Diculik' Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol? 2

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengatakan isterinya ‘diculik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim pada tengah malam Isnin lalu.

Suami Pelakon Dakwa Isteri 'Diculik' Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol? 4

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika di set penggambaran sebuah drama di Shah Alam, Selangor sebelum bapa mentua bertindak ‘menculik’ isterinya untuk tujuan berubat.

Ketika kejadian, ibu dan bapa mentuanya serta abang iparnya dikatakan telah datang ke set penggambaran sebelum ibu mentuanya bertindak menarik isterinya masuk ke dalam kereta serta membawanya pergi.

Lebih mengejutkan lagi apabila bapa mentuanya mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika menghalangnya untuk mengambil pelakon terbabit.

Dalam pada itu, Mohamed Fahmi menyatakan bahawa kali terakhir dia berhubung dengan bapa mentuanya itu pada Rabu lalu namun dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca bapa mentuanya bertindak sedemikian adalah disebabkan status kewangannya tidak kukuh.

Dari segi aspek kewangan, memang ada isu sejak permulaan perkahwinan. Saya baru berusia 29 tahun, mereka tak boleh harapkan saya ada segala kemewahan.

Tapi saya tak nak perincikan tentang hal itu (status kewangan). Macam tak elok kalau cakap.

Suami kepada pelakon ini berharap agar masalah yang tercetus antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan secara bersemuka dan enggan melibatkan pihak polis.

Suami Pelakon Dakwa Isteri 'Diculik' Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol? 6

Susulan daripada itu, suami kepada pelakon ‘Kekasih Paksa Rela’ memberitahu bahawa dia tidak pasti di mana keberadaan isterinya. Namun mengesyaki bahawa isterinya itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor.

Saya berjaya bercakap dengan si bapa, dia sudi untuk berjumpa tapi bila dan di mana tak tahu lagi.

Saya syak Nynaa berada di Johor. Keadaan semasa saya boleh cuba telefon Nynaa tapi panggilan akan pergi ke voicemail (mel suara).

Ujarnya, apabila dia sudah menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp tetapi tidak dibalas dan merasakan bahawa bapa mentuanya tidak akan menyakitkan anak perempuannya itu.

WhatsApp pun ‘single tick’. Jadi, saya tak tahu. Si bapa cakap, anak dia dan dia tahu macam mana nak jaga (anaknya). Saya tak rasa si bapa akan sakiti anaknya tapi sama ada dia (Nynaa) tertekan, cukup makan, sedang nangis, saya tak tahu.

Walau bagaimanapun, Mohamed Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung kejadian berkenaan dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya kerana mendakwa pelakon berkenaan dilarikan secara paksa.

Perbuatan berkenaan dipercayai salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutuan jenayah serta Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Sumber : Kosmo


Suami Pelakon Dakwa Isteri 'Diculik' Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol? 8

The following two tabs change content below.


Suami Pelakon Dakwa Isteri 'Diculik' Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo