Berita

Suami ‘sangkut’ di Singapura | Harian Metro

Suami 'sangkut' di Singapura | Harian Metro 1

Suami 'sangkut' di Singapura | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Melalui tempoh kehamilan dan detik melahirkan cahaya mata bersendirian tanpa suami di sisi adalah pengalaman norma baharu yang terpaksa dilalui oleh ibu empat anak, Nurulain Shaari.

Biarpun sedih, Nurulain, 30, terpaksa akur kerana menyedari suami perkahwinan keduanya, Mohd Farid Haris, 35, bukan sengaja membiarkannya sendiri, tetapi terikat dengan komitmen sebagai pekerja am di sebuah kelab berkuda di Singapura.

Tambahan pula, keadaan negara yang masih dilanda pandemik Covid-19 juga tidak mengizinkan Mohd Farid untuk pulang ke tanah air dengan mudah.

Berkat doa Mohd Farid dan sokongan keluarga, Nurulain selamat melahirkan cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Faiq Rifqi pada 4 November lalu.

Berkongsi pengalaman, Nurulain yang menetap di Masjid Tanah, Melaka berkata, sejak tinggal berjauhan, dia dan suami tidak pernah ketinggalan berhubung antara satu sama lain menerusi panggilan telefon dan video di aplikasi WhatsApp.

“Kami sebenarnya baru berkahwin selepas dinikahkan pada 15 Februari lalu, tetapi hanya sempat tinggal bersama selama dua minggu.

“Kali terakhir bertemu suami adalah pada 1 Mac lalu sebelum kami terpisah kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

“Pada mulanya saya sangka PKP hanya untuk dua minggu, tetapi berlarutan sehingga tiga bulan dan sehingga kini suami belum pulang kerana peraturan merentas negara yang ketat disebabkan pandemik Covid-19,” katanya.

MUHAMMAD Faiq Rifqi dilahirkan pada 4 November lalu.
MUHAMMAD Faiq Rifqi dilahirkan pada 4 November lalu.

Meskipun bukan pertama kali melalui proses kehamilan, Nurulain berkata, pengalaman dilalui kali ini amat berbeza dengan proses sebelumnya.

“Saya disahkan hamil ketika suami sudah berada di Singapura dan hanya dapat berkongsi berita gembira itu menerusi panggilan video. Sedih kerana zuriat itu adalah anak sulung suami, tetapi kami tidak dapat meraikannya bersama.

“Lebih membuatkan saya terkesan adalah ketika mengidam untuk makan sesuatu, tetapi suami tidak dapat tunaikan keinginan saya kerana jauh.

“Mujurlah anak, ibu dan bapa saudara tinggal bersama serta menjaga saya sepanjang kehamilan, jadi hilang sedikit kesedihan kerana terpisah dengan suami,” katanya.

Menurut Nurulain, detik lain yang menyedihkan apabila suaminya tidak berpeluang melaungkan azan sewaktu menyambut kelahiran zuriat mereka dan hanya dapat menatap wajah bayinya menerusi kiriman gambar dan panggilan video.

“Ketika itu (selepas melahirkan bayi), doktor yang melaungkan azan di telinga anak saya, bukannya suami. Memang sedih, tetapi apa boleh buat saya dan suami perlu reda serta bers=abar dengan ujian ini.

“Sepatutnya suami pulang ke Malaysia pada bulan ini melalui skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), tetapi masih mempertimbangkannya kerana peraturan baharu republik itu menuntut mereka yang pulang semula ke Singapura perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari dengan kos ditanggung sendiri,” katanya yang berharap pandemik ini akan berakhir supaya keadaan kembali seperti sediakala.

Suami 'sangkut' di Singapura | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo