Infotainment

“Suami Yang Banyak Dorong Ke Arah Agama”

"Suami Yang Banyak Dorong Ke Arah Agama" 2

Berita penikahannya semalam ternyata mengejutkan ramai, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengakui selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsikan kisah peribadi kepada umum.

Meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dengan suami, Imam Shah yang juga pelakon di Singapura berjalan lancar, Hannah berkata mereka memilih untuk melakukan perkara wajib terlebih dahulu.

BACA: Hannah Delisha, Suami Rancang Kahwin Sejak 5 Tahun Lalu

“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini. Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.

Mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu, Hannah berkata suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.

“Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya. Ujarnya, dia akan mengumumkan majlis bersanding kelak.

“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya.



"Suami Yang Banyak Dorong Ke Arah Agama" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo