Infotainment

Sukarela Tanpa Apa-apa Imbuhan – Muhyiddin

Sukarela Tanpa Apa-apa Imbuhan – Muhyiddin
Sukarela Tanpa Apa-apa Imbuhan - Muhyiddin 1

Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri ke-8 Malaysia sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri hari ini mendapat respon secara kenyataan bertulis di posting Facebook beliau mengenai lantikannya itu.

Jelas Muhyiddin, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Menteri, khususnya Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Beliau juga menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan beliau.

Sukarela Tanpa Apa-apa Imbuhan

Tambah Muhyiddin, beliau sangat berbesar hati menerima pelantikan ini dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

Jelasnya lagi, kepercayaan yang telah diberikan oleh Kerajaan ini merupakan suatu amanah untuk beliau meneruskan segala usaha dan perancangan yang telah dimulakan sebelum ini untuk memulihkan negara daripada kesan wabak COVID-19.

“Saya dan anggota Majlis Pemulihan Negara akan berperanan membantu YAB Perdana Menteri dan Kerajaan pimpinan beliau membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Ini termasuk menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial, pendidikan dan keagamaan serta mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan kepada norma baharu kehidupan selaras dengan peralihan pengurusan COVID-19 yang akan memasuki fasa endemik.

“Insya-Allah, saya akan memanfaatkan segala pengalaman yang ada dan mengharapkan sokongan semua pihak dalam semangat Keluarga Malaysia bagi memastikan matlamat melindungi nyawa, menjamin kelangsungan hidup dan memulihkan negara akan mencapai kejayaan,” jelasnya.


Sukarela Tanpa Apa-apa Imbuhan - Muhyiddin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo