Infotainment

Suntikan Vaksin COVID-19 Fasa Ketiga Golongan Dewasa Bermula Hari Ini

Suntikan Vaksin COVID-19 Fasa Ketiga Golongan Dewasa Bermula Hari Ini 2

Suntikan vaksin bagi fasa ketiga yang melibatkan golongan dewasa melebihi usia 18 tahun di Lembah Klang akan bermula hari ini.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, ini berikutan 99 peratus daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat janji temu.

“Sukacita saya maklumkan 99 peratus daripada warga emas dan OKU di Kuala Lumpur sudah menerima sekurang-kurangkan dos pertama serta 88 peratus di Selangor.

“Oleh yang demikian saya membuat keputusan, fasa ketiga di Lembah Klang akan bermula Isnin,” katanya pada sidang media bersama dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Ahad.

Dalam pada itu Khairy turut menjelaskan, sekiranya warga emas yang belum mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera sebelum ini, namun baharu mendaftar ketika memasuki fasa ketiga, maka mereka akan didahulukan dalam senarai vaksinasi.

“Ini bermakna vaksinasi akan dilakukan secara serentak, kita tidak akan mengambil vaksin yang diperuntukkan kepada warga emas, sebaliknya kita memang ada tambahan vaksin untuk fasa ketiga,” ujarnya.

Namun begitu beliau memaklumkan, beberapa daerah seperti Putrajaya yang mana telah melengkapkan vaksinasi kepada golongan warga emas dan OKU, sudah memasuki fasa ketiga beberapa minggu yang lalu.

Khairy turut memaklumkan, mana-mana negeri yang sudah melengkapkan hampir 90 peratus fasa kedua boleh memasuki fasa ketiga.

Kredit: Astro Awani



Suntikan Vaksin COVID-19 Fasa Ketiga Golongan Dewasa Bermula Hari Ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo