Berita

Suspek jerit ‘ tembak aku, bunuh aku’

Suspek jerit ' tembak aku, bunuh aku' 1

Suspek jerit ' tembak aku, bunuh aku' 2

New York: Seorang lelaki ditembak mati oleh polis selepas suspek melepaskan tembakan kepada orang ramai yang berkumpul menyaksikan persembahan nyanyian sempena Krismas di luar sebuah gereja di sini, pada Ahad.

Komisioner Jabatan Polis New York Dermot Shea bagaimanapun berkata, tiada individu yang cedera akibat kejadian yang belaku di tangga Cathedral of St John the Divine, itu.

Tiga angggota polis melepaskan 15 das tembakan terhadap lelaki berkenaan, kata Shea kepada pemberita.

“Suspek terkena sekurang-kurangnya satu tembakan di kepala dan meninggal dunia,” katanya.

Susulan kejadian, polis merampas dua senjata api dan sebuah beg berhampiran lokasi.

Beg berkenaan didapati mengandungi minyak gas, tali, wayar dan beberapa jenis pisau.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian, Martha Stolley, dia melihat lelaki berkenaan melepaskan antara lapan sehingga 10 tembakan sebelum anggota polis menembak mati suspek.

“Lelaki itu menembak tanpa menyasarkan mana-mana individu,” katanya kepada AFP, sambil menambah lelaki itu ada menjerit,”Tembak aku, bunuh aku.”

Suspek jerit ' tembak aku, bunuh aku' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo