Infotainment

Syak Isteri Ada Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung

Syak Isteri Ada Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung
Syak Isteri Ada Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung 1

Syak Isteri Ada Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung

Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa menikam isterinya di dalam sebuah kereta api gara-gara mengesyaki wanita itu berlaku curang dengan lelaki lain.

Tikam isteri dalam kereta api

Syak Isteri Ada Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung 3

Foto: Bangkok Post

Memetik laporan Bangkok Post, mangsa yang berusia 31 tahun itu mengalami tiga kesan tikaman pada bahagian belakang dan lehernya. Insiden cemas itu dipercayai berlaku pada Khamis lalu sekitar 5 petang di dalam kereta api Bangkok-Surin N0233 ketika menghampiri stesen kereta api Lat Bua Khao. Menurut sumber, mangsa bersama suaminya, Arun Parito memutuskan untuk tinggal bersama nenek mereka di daerah Chakkarat di Nakhon Ratchasima.

Namun ketika dalam perjalanan menaiki kereta api, pasangan ini bertengkar kerana suspek mengesyaki mangsa berlaku curang dengan lelaki lain. Pertengkaran itu dikatakan menjadi semakin serius sehingga membuatkan suspek mengambil pisau dari begnya lalu menikam belakang dan leher mangsa. Mangsa yang mengalami kecederaan terus terjatuh dari tempat duduknya dan ianya secara tidak langsung membuatkan para penumpang yang lain turut terkejut.

Susulan daripada itu, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh kakitangan kereta api tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan suspek kini didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh. Menurut sumber, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Bangkok Post, The Thaiger

Syak Isteri Ada Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list