Berita

Syed didakwa laku seks luar tabii

Syed didakwa laku seks luar tabii 1

Syed didakwa laku seks luar tabii 2

Petaling Jaya: Pendakwah selebriti, Da’i Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii Oktober lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap penuntut, 22.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Blok Empire City, Damansara Perdana pada jam 4 pagi 17 Oktober lalu.

Didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sampai 20 tahun atau sebat.

Prosiding kes dikendali oleh Timbalan Pendakwaraya Vitiya Monisha Paranthaman manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.

Terdahulu, Vitiya tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin dan kesalahan serius serta bimbang mengganggu mangsa.

Namun, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 jika mahkamah membenarkannya dengan syarat tambahan.

Bagaimanapun Syed Amirul meminta tertuduh dibenarkan jamin kerana walaupun kes itu tidak boleh dijamin namun mahkamah tetap mempunyai budi bicara.

“Tiada risiko anak guam saya akan melarikan diri selain dia memberi kerjasama kepada polis sepanjang siasatan.

“Saya juga memohon mahkamah menetapkan jaminan yang minimum memandang pendapatannya terjejas kerana Covid-19,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan syarat tambahan iaitu dia tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 1 hari bulan dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah juga menetapkan 21 Februari tahun depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Syed tiba di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya pada 10.10 pagi dibawa oleh polis dengan keadaan bergari.

Dia yang memakai baju T-Shirt berwarna biru kelihatan tenang.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 November lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Syed didakwa laku seks luar tabii 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo