Berita

Tabung Haji lantik dua pengurusan kanan baharu

Tabung Haji lantik dua pengurusan kanan baharu 1

Tabung Haji lantik dua pengurusan kanan baharu 2

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan dua lantikan baharu pengurusan kanannya iaitu Ketua Pegawai Risiko dan Pematuhan Syahril Nizam Abu Hasan dan Ketua Pegawai Audit dan Integriti Azirruan Arifin.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusof berkata, pelantikan kedua-dua pengurusan kanan yang baharu itu selaras dengan usaha menjadikan TH sebuah institusi Islam mempunyai tadbir urus yang cekap.

“Pelantikan kedua-dua pengurusan kanan yang baharu ini telah mengambil kira pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki.

“Ianya juga selaras dengan usaha TH untuk mengukuhkan kepimpinan profesional dan menjadikan TH sebuah institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Shahril Nizam mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang risiko dan pematuhan dilantik sebagai Ketua Pegawai Risiko dan Pematuhan berkuat kuasa 4 Januari.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta The Institute of Enterprise Risk Practitioner (IERP).

Sebelum menyertai TH, beliau berkhidmat selama lapan tahun di Manulife serta memegang beberapa portfolio penting seperti Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Risiko Manulife Holdings Berhad.

Syahril Nizam juga pernah berkhidmat di Maybank, Bursa Malaysia dan RHB Bank Berhad.

Sementara itu, Azirruan yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan daripada UiTM dilantik sebagai Ketua Pegawai Audit dan Integriti berkuat kuasa 28 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pegawai Audit Dalam di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perkhidmatan Guna Sama dan Ketua Pegawai Risiko di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) serta di beberapa organisasi lain seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau juga adalah ahli MIA dan ahli profesional yang diperakui Certified Business Continuity Professional (Disaster Recovery Institute International).

Tabung Haji lantik dua pengurusan kanan baharu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo