Berita

Tak ada lesen dan cukai jalan punya pasal

Tak ada lesen dan cukai jalan punya pasal 2

Kuala Kangsar: Seorang lelaki ditahan polis semalam, selepas memandu secara melulu hingga mengakibatkan kecederaan dan kerosakan kepada pengguna jalan raya lain dalam cubaan melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian 7 malam itu, suspek berusia 37 tahun yang memandu Proton Saga Iswara ditahan selepas usaha mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer berhasil.

Katanya, kejadian berlaku sewaktu suspek yang memandu dari arah Manong menghala Kuala Kangsar berhenti di bahu jalan berdekatan SJR yang dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berdekatan simpang kawasan perumahan Highland Park, di sini. Beliau berkata, suspek kemudiannya memecut masuk ke kawasan perumahan itu sewaktu polis cuba menghampirinya menyebabkan beberapa kereta peronda polis mengejarnya.

“Suspek merempuh motosikal ditunggang wanita berusia 25 tahun namun masih enggan menghentikan keretanya. Bahkan dalam cubaannya meloloskan diri, suspek bertindak melanggar bahagian belakang sebuah kereta peronda polis yang memotong laluannya.

“Sejurus melanggar kereta peronda itu, suspek mengundurkan dan cuba merempuh sebuah lagi kereta peronda yang berada di belakang namun sempat dielak, justeru menyebabkan kereta suspek terbabas ke longkang di bahu jalan.

“Bagaimanapun suspek bertindak memecut kenderaannya hingga dia akhirnya berjaya ditangkap di Kampung Sungai Siput Hulu berdekatan kawasan perumahan Chandan Putri, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, pemeriksaan ke atas suspek yang berasal dari Sungai Siput mendapati dia peniaga secara kecil-kecilan dan tiada sebarang bahan salah dijumpai dalam kereta selain saringan air kencing mendapati dia bebas dari pengaruh dadah.

“Siasatan mendapati suspek tiada lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh. Semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod tangkapan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, selain lapan saman atas pelbagai kesalahan.

“Penunggang motosikal yang dilanggar suspek patah pergelangan tangan kanan dan luka kecil di badan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tak ada lesen dan cukai jalan punya pasal 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo