Infotainment

“Tak Adil Gelar Saya Objek Nafsu”

"Tak Adil Gelar Saya Objek Nafsu" 2

Sejak kebelakangan ini, setiap kali penyanyi Elizabeth Tan memuat naik foto di Intagram, pasti akan ada komen-komen nakal dan berbaur lucah daripada netizen lelaki.

Meskipun hanya sekadar bergurau, namun ia menimbulkan rasa kurang senang netizen lain malah seorang pendakwah bebas turut menegur sikap segelintir lelaki beragam Islam yang meninggalkan komen lucah.

BACA: Aksi Lentik Elizabeth Tan Dipenuhi Komen Lucah

Menafikan dakwaan kerap memuat naik gambar seksi sehingga mengundang komen lucah, Elizabeth berkata dia tidak hak untuk mengawal komen-komen tersebut di Instagram miliknya.

“Saya tiada hak untuk mengawal atau menghukum komen yang dibuat terhadap gambar yang dimuat naik.

“Kalau betul gambar saya lucah, sudah lama akaun media sosial saya kena sekat sebab paraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah,” katanya.

Dalam pada itu, Elizabeth berkata dia tiada hak untuk mengawal lelaki yang melihatnya sebagai simbol seks dan berasa tidak adil ‘dihukum’ sebegitu.

“Siapa gelarkan saya sebagai simbol seks? Kenapa saya tak dilihat sebagai individu yang memperkasakan kaum wanita. Di mana saya boleh buat apa apa yang saya pilih dengan badan saya sendiri?

“Kalau orang lain yang berfikiran sedemikian, adakah itu salah saya? Saya berasa tak adil apabila pihak lelaki yang selalu menetapkan apa yang ‘elok’ atau ‘tak elok’ secara subjektif dengan nilai yang tak konsisten,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan pendakwah bebas mengenai posting yang dikatakan mengundang komen tidak senonoh, Elizabeth berkata video dikongsinya tidak keterlaluan.

“Apa keterlaluannya? Dalam video itu saya pakai baju lengan panjang, seluar panjang, tak tunjuk apa-apa pun, cuma tunjuk satu aksi yang saya rasa kelakar dan yang tak semua orang boleh buat.

“Kalau kandungan saya keterlaluan untuk sesiapa, mungkin saya boleh bagi nasihat untuk tidak mengikuti atau menyekat akaun saya. Saya berasa tidak adil untuk menggelarkan saya sebagai ‘ objek nafsu’,” katanya.



"Tak Adil Gelar Saya Objek Nafsu" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo