Infotainment

Tak Cukup Dana Dek Kurang Pengunjung, Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan Pada Zoo Negara

Tak Cukup Dana Dek Kurang Pengunjung, Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan Pada Zoo Negara 1

Tak Cukup Dana Dek Kurang Pengunjung, Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan Pada Zoo Negara 2

Umum mengetahui bahawa Ustaz Ebit Lew merupakan antara pendakwah tempatan yang langsung tak lokek dalam berkongsi rezekinya bersama golongan yang memerlukan.

Banyak membantu ketika pandemik COVID-19, pendakwah ini sekali lagi membuatkan ramai terharu apabila dia dikhabarkan telah membantu menyelamatkan haiwan di Zoo Negara.

Daripada entri yang dikongsikan di laman Instagramnya, Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa dia menerima permintaan secara terus daripada pihak di zoo tersebut sebelum menyampaikan bantuan pada hari yang sama.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Saya dapat tahu tengah hari tadi. petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan dan sayuran.”

Bukan itu sahaja, pendakwah itu turut mendedahkan bahawa Zoo Negara kini memerlukan dana sebanyak RM1 juta bagi tujuan makanan dan penyelenggaraan setiap hidupan yang berada di sana.

ebit liew bantu zoo negara

ebit liew bantu zoo negara

Disebabkan keadaan semasa yang masih belum pulih, Zoo Negara khabarnya tidak mampu untuk menjana pendapatan secukupnya kerana kehadiran pengunjung yang tidak memberangsangkan.

Malah, Zoo Negara dikatakan turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu sama ada dari segi wang atau pun makanan.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew.





Tak Cukup Dana Dek Kurang Pengunjung, Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan Pada Zoo Negara 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo