Infotainment

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula!

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 1

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 2

Bukan hanya di atas kertas, tapi inilah sokongan realistik kerajaan kepada usahawan-usahawan untuk bangkit semula selepas menghadapi kesusahan dalam tempoh PKP akibat wabak pandemik COVID-19.

Memang tak dapat dinafikan, penularan pandemik COVID-19 menjadikan 2020 sebagai tahun amat mencabar dan turut menjejaskan ekonomi negara termasuklah usahawan-usahawan kecil di negara kita ni. Semuanya kena tempias.

Ibarat ‘kais pagi makan pagi’, inilah realiti beberapa usahawan kecil yang terpaksa hadap selepas gerai terpaksa ditutup dan tak boleh berniaga. Tapi, selepas pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November lepas, ramai usahawan dah boleh tarik nafas lega selepas kerajaan mengumumkan inisiatif-inisiatif yang boleh membantu mereka. Mungkin anda salah seorangnya!

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 3

Sampai bila anda nak teruskan hidup susah kan? Apa yang paling baik anda buat sekarang adalah dengan mencuba nasib untuk memohon pelbagai bantuan daripada kerajaan.

Ringankan Beban

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 4

Kerajaan dah menawarkan pelbagai inisiatif untuk membantu meringankan beban golongan B40, terutamanya golongan miskin bandar seperti anda yang sukar mendapatkan pekerjaan dan ingin memulakan perniagaan.

Untuk info anda, kerajaan turut memperuntukkan dana bernilai RM4.6 bilion bagi memperkasakan golongan usahawan ni tau.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sebanyak RM510 juta diperuntukkan bagi pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bantu Usahawan Bangkit Dari Kesusahan!

Jom kita check out satu persatu inisiatif yang boleh bantu anda untuk plan 2021 nanti. Let’s!

1. Menyediakan peruntukan program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada usahawan. Selain itu, disediakan juga Dana tambahan untuk Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi;

2. Menyediakan kemudahan pembiayaaan melalui Skim Lestari Bumi kepada peniaga mikro dan kecil Bumiputera. Selain itu, turut disediakan Skim Pembangunan Nasional serta kemudahan pembiayaan untuk pembangunan usahawan Bumiputera;

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 5

3. Keprihatinan Kerajaan melalui peruntukan khas untuk pembangunan ekonomi Masyarakat India iaitu Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan peruntukan pembangunan ekonomi komuniti lain untuk bersama-sama dalam menjayakan agenda pembangunan ekonomi Negara;

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 6

4. Turut diperkenalkan buat kali pertama, bantuan dana kepada operator fasiliti sukan melalui TEKUN Nasional;

5. Memperkasakan usahawan wanita melalui peruntukan yang disediakan bagi mengupayakan ekonomi wanita; dan

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 7

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 8

6. Menyediakan peruntukan dana bagi memperkasakan Usahawan Bumiputera.

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 9

7. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan yang disasarkan sebanyak RM2 billion di bawah Bank Negara Malaysia (BNM)

8. Latihan bernilai RM150 juta di bawah Kempen e-Dagang

9. Peruntukan RM50 juta untuk pembiayaan P2P

10. Kemudahan Perusahaan Mikro RM100 juta di bawah BNM

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 10

Bukan ini sahaja, banyak lagi yang anda boleh go deep dengan inisiatif yang diberikan Kerajaan untuk usahawan ni. Jadi apa yang anda perlu buat? Riki-riki lah peluang yang dah ada depan mata ni okay. Kalau bersesuaian jangan lupa apply. Jangan tunggu info datang kepada anda, kena jugakla cari-cari peluang tu okay. Rezeki tak datang bergolek.

Untuk lebih faham, anda boleh baca details beberapa inisiatif di bawah ni okay!

Dana Pinjaman

Peluang moratorium pinjaman ke PKS dengan pinjaman RM500 juta Kewangan Dari TEKUN & PUNB

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 11

Pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.2 bilion turut disediakan melalui TEKUN, PUNB, Agrobank, BSN dan institusi kewangan lain. Bukan itu jer, jaminan sehingga RM10 bilion dengan RM2 bilion diperuntukkan khusus untuk usahawan bumiputera tau.

Kemudahan pembiayaan seperti TEKUN ni memang sesuai sangat untuk anda yang nak memulakan perniagaan kecil-kecilan. Anda boleh jer mulakan buat gerai secara online terutamanya untuk anda yang masih muda tu. Haa..kan anda dah mula nak berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, jadi bolehlah mulakan dulu dengan ‘Food and Beverage’ sebab modal tak tinggi pun.

Program Pembinaan Kapasiti RM800 juta (Bank Pembangunan + SME Bank)

RM800 juta diperuntukkan melalui program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank. Banyak ni…

RM2 billion Untuk Pembiayaan PKS Melalui SJPP

RM2 bilion diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP). Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan ini ditubuhkan untuk memainkan peranan yang amat penting dalam menghubungkan syarikat-syarikat PKS atau SME dengan institusi-institusi kewangan.

Jaminan kerajaan diberikan kepada pihak institusi-institusi kewangan yang menawarkan kemudahan-kemudahan pembiayaan kepada usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat PKS atau SME yang layak untuk mendapatkan aliran tunai yang diperlukan.

Skim Geran Digitalisasi PKS RM150 juta dan Geran Automasi

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 12

Menyediakan peruntukan program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada usahawan. Selain itu, disediakan juga Dana tambahan untuk Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi.

Syarat kelayakan untuk Geran ini telah dilonggarkan untuk PKS mikro dan syarikat permulaan yang beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Skim Kemudahan Pembiayaan Lestari Bumi

SME Bank akan menyediakan dana kemudahan pembiayaan Skim Lestari Bumi sebanyak RM300 juta bagi menggalakkan transformasi perniagaan mikro dan kecil Bumiputera.

‘JanaNiaga’ untuk memberi manfaat kepada PKS yang membekalkan kepada Kerajaan dan GLC, yang menghadapi masalah aliran tunai disebabkan tempoh pembayaran invois yang lama dan mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

RM1,000 Geran Khas Prihatin kepada 20,000 Peniaga & Penjaja di Sabah

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 13

Kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 kepada peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk disebabkan kekurangan kehadiran pelancong akibat COVID-19.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan kita berkata geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.

Sokongan Digitalisasi & Automasi

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 14

Okay yangni memang sangat membantu dikala tengah PKP ni. Ada usahawan yang berjaya capai jualan yang bagus dalam mempromosikan produknya. Ada yang menjual produk mereka melalui Shopee, platform e commerce ni. Guess what, dia cakap pendapatannya 90% dari platform ni tau. Nampak? Anda kena tahu dan belajar jer cara nak usahakan bisnes anda tu. Online jer. So jangan narrow kan peluang bisnes anda okay!

Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 15

Gais, kesimpulannya banyak sangat peruntukan kerajaan bagi pada anda untuk bantu anda. Anda kena pandai ambil peluang ni okay. Selain inisiatif ini, antaranya Geran Khas Prihatin (GKP) juga diberikan untuk meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan yang terkesan dan terjejas dengan COVID-19 termasuklah penjaja pasar malam, peniaga kecil dan sebagainya. RM3,000 ya gais sekali bagi. Haa..dapatlah cover balik bisnes yang tak berapa nak jalan masa COVID-19 ni kan?

Jadi, rajin-rajinkan diri tahu menahu pasal benda yang kerajaan bagi ni. Jangan asyik cakap tak cukup jer sedangkan anda sendiri yang malas cari info. Apa pun good luck okay gais! Moga dipermudahkan urusan anda. Jangan cepat putus asa. Usaha tu penting. Ada sinar untuk anda nanti!



Tak Payah Pening Kepala, Inisiatif Ini Bantu Usahawan Bangkit Semula! 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo