Infotainment

“Tak Pernah Janji Nak Bagi Rumah & Kereta, Dia Bukan Isteri Saya”

"Tak Pernah Janji Nak Bagi Rumah & Kereta, Dia Bukan Isteri Saya" 1

"Tak Pernah Janji Nak Bagi Rumah & Kereta, Dia Bukan Isteri Saya" 2

Sebelum ini hangat diperkatakan megenai Wani Comel yang mendakwa dipergunakan oleh seorang usahawan kosmetik. Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan tidak menerima apa-apa seperti yang dijanjikan oleh usahawan kosmetik berkenaan.

Tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi sidang media petang tadi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dia menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada gadis itu dan segala tuntutan yang didakwa itu tidak pernah ada dalam kontrak.

BACA: “Kerjalah Wani, Dah Boleh Jalan Carilah Rezeki, Nak Harap Bantuan Sampai Bila?”

“Saya sama sekali tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, nak bagi rumah, kereta mahupun kekayaan.

“Dia bukan isteri saya bukan mak bapak saya untuk saya kayakan. Anda semua boleh fikir logik, segala permintaan dia di luar jangkauan,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff juga menafikan perjanjiannya untuk menjaga kebajikan ahli keluarga Wani. Ujarnya, dia sudah habis ratusan ringgit untuk membantunya berjalan seperti biasa.

“Saya hanya membantu adik Wani bukan keluarga. Keluarga dia ada kaki tangan dan boleh berjalan.

“Saya sudah berbelanja ratusan ringgit termasuk mendapatkan khidmat jurulatih, tempat tinggal, makanan tambahan atau supplement. Siap ada tukang masak untuk menjaga permakanannya. Bukan sehari dua ya tetapi berbulan.

“Itu pun dia curi-curi beli makan kat luar tanpa pengetahuan. Dia bukannya orang gemuk biasa-biasa tetapi bersaiz super. Niat saya hanya nak bantu dia berjalan, supaya Wani boleh bantu semula ibu dia,” katanya.

Memahami ramai yang terkesan susulan pandemik COVID-19, namun Aliff meningatkan bahawa dia bukan pusat kebajikan yang boleh datang kepadanya dan sesuka hati meminta-minta.

‘Tapi janganlah ambil jalan pintas, carilah kerja, senang-senang meminta. Carilah kerja kaki dah ada tangan dah ada. Perlu diingatkan saya bukan rumah atau pusat kebajikan,” katanya

Aliff juga tidak menolak kemungkianan ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dan perniagaannya, serta dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.



"Tak Pernah Janji Nak Bagi Rumah & Kereta, Dia Bukan Isteri Saya" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo