Infotainment

Tak Sampai Seminit Buka Face Mask, Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000

Tak Sampai Seminit Buka Face Mask, Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 2

Gara-gara tindakannya menanggalkan pelitup muka di tempat awam, pelakon Mustaqim Bahadon dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan melanggar prosuder operasi standard (SOP) Ahad lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersendirian di kawasan parkir motosikal di hadapan kedai gunting rambut miliknya di Wangsa Maju untuk menghisap rokok elektronik. Namun, tak sampai seminit dia didatangi oleh pihak berkuasa.

“Tak sampai seminit, saya disapa oleh pihak berkuasa dan mereka nyatakan saya langgar SOP kerana tak pakai mask, terus mereka beri kompaun. Dah kena denda RM1,000.

“Semaa itu saya seorang diri, tiada siapa bersama saya. Ingatkan boleh tanggal sekejap tapi rupa-rupanya itu satu kesalahan,” katanya.

Menerima dengan hati yang terbuka, Mustaqim berkata dia mengakui kesilapannya kerana menganggalkan topeng muka serta tidak peka dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Saya minta maaf, saya mengaku salah sebab tanggalkan mask walaupun sekejap. Saya ambil mudah fikir benda itu tak ada apa, kita fikir dah jaga SOP dan tak kacau orang tapi rupa-rupanya satu kesalahan.

“Saya tak salahkan pihak berkuasa sebab memang salah saya sendiri. Selama ini saya memang ikut SOP, mask tak pernah tinggal cuma semasa kejadian nasib tak baik. Tanggal kejap sebab nak hisap vape, tapi apa saya buat itu salah di kawasan awam,” katanya.



Tak Sampai Seminit Buka Face Mask, Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo