Infotainment

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik
Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 1

Untuk pengetahuan ramai, setiap negara mempunyai badan undang-undang perfileman, dimana mereka yang menentukan garis panduan sesuatu filem dan setiap negara mempunyai garis panduan berbeza. Tujuan badan ini diwujudkan agar filem yang ingin ditayangkan di pawagam sesuai dipertontonkan untuk setiap peringkat umur.

Bagaimanapun, ada juga yang diharamkan atas alasan yang pelik dan tidak masuk akal. Jom kita tengok senarai filem yang diharamkan di sesebuah negara atas alasan yang pelik.

1. ET: The Extra-Terrestarial

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 2

ET merupakan sebuah filem sains fiksyen yang pernah menjadi fenomena di suatu ketika dahulu. Ia merupakan kisah seorang kanak-kanak lelaki secara tak sengaja terjumpa dengan mahkluk asing yang terhempas ke Bumi. Filem ini telah mengatasi filem Star Wars dan memegang rekod kutipan panggung tertinggi selama 11 tahun.

Bagaimanapun, pada tahun 1983, sebuah badan perfilemen di Sweden iaitu The Swedish Board of Filem Censorship mengambil keputusan mengharamkan cerita ini dari ditonton oleh kanak-kanak berusia 11 tahun kebawah kerana didakwa filem ini mengajar kanak-kanak untuk anggap orang dewasa sebagai musuh.

2. The Simpson Movie

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 3

Siapa saja yang tidak tahun dengan siri kartun yang dianggap mampu meramal masa depan ini dan sememangnya terkenal di Amerika Syarikat. The Simpson merupakan kartun bersiri yang dihasilkan oleh Matt Groening pada tahun 1989. Siri kartun ini telah difilemkan pada tahun 2007 dan ditayangkan di seluruh dunia.

Namun, terdapat satu negara yang mengharamkan filem ini ditayang di negara mereka iaitu negara Myanmar. Sebab ia diharamkan kerana warna kulit keluarga kartun ini berwarna kuning dan ketika pelancaran cerita ini, pemimpin Myanmar sedang berdepan dengan musuh politik yang mempunyai warna bendera merah dan kuning. Kerana itu The Simpson Movie diharamkan kerana tidak mahu mempromosikan pihak lawan.

3. Back To The Future

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 4

Sekadar info, filem ini merupakan antara filem sains fiksyen yang paling terbaik pernah dihasilkan. Filem sains fiksyen genre komedi ini telah dihasilkan pada tahun 1985 dan diarahkan oleh Robert Zemeckis berkisahkan seorang remaja lelaki dihantar ke tahun 1955 menggunakan kereta.

Biarpun mendapat sambutan yang hebat, filem ini telah diharamkan oleh badan perfileman di negara China kerana kategori filem ini berkaitan dengan konsep pengembaraan masa. Negara terbabit merasakan konsep sedemikian seolah-olah tidak hormat sejarah negara.

4. 2012

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 5

Kecoh dahulu di negara barat apabila mereka mempercayai dunia akan berakhir pada tahun 2012 dan disebabkan itu, ia dijadikan sebagai satu filem yang diarahkan oleh Roland Emmerich. 2012 berkisahkan seorang ahli geologi mendapati akan berlaku kehancuran bumi.

Filem ini ditayangkan di seluruh dunia pada tahun 2009, namun Korea Utara telah mengharamkannya kerana pada tahun cerita ini ditayangkan, bekas pemimpin negara terbabit iaitu Kim Il Sung sedang meraikan hari jadinya yang ke-100.

5. Pirates of the Caribbean

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 6

Kalau nak tahun, undang-undang perfileman di China banyak meletakkan garis panduan perfileman yang pelik dan antaranya adalah hantu serta perkara tahyul. Disebabkan garis panduan ini banyak filem hantu diharamkan termasuklah Ghost Buster.

Filem Pirates of the Caribbean turut diharamkan kerana terdapat satu babak dalam filem ini memaparkan hantu dan disebabkan satu adegan itu saja, filem ini tidak layak ditayangkan di negara berkenaan.

6. Blue Jasmine

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 7

Filem yang diarahkan oleh Woody Allen pada tahun 2013 ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bangsawan yang terpaksa tanggung banyak hutang apabila suaminya seorang pengurus wang ditangkap kerana menipu duit pelanggan.

Blue Jasmine telah berjaya memenangi banyak anugerah dan menarik perhatian ramai penonton di seluruh dunia kecuali di India. Filem ini diharamkan di negara sana kerana mempunyai dua babak yang menayang rokok.

7. The Dark Knight

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 8

Arahan Christopher Nolen ini merupakan filem berdasarkan watak dalam komik DC iaitu Batman. Untuk pengetahuan, belum sempat filem ini diharamkan tapi Warner Bros ambil keputusan untuk batalkan tayangan filem ini di China.

Ini kerana terdapat satu adegan di filem ini memaparkan seorang pengawal dari Amerika Syarikat secara rahsia telah memasuki ke negara China untuk menculik seorang ahli perniagaan di negara itu. Ini menyebabkan pihak Warner Bros bimbang adegan itu menyentuh sensitiviti negara berkenaan.

8. The Christopher Robin

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 9

Untuk pengetahuan ramai, alasan filem ini diharamkan merupakan paling pelik serta tidak masuk akal yang pernah didengari iaitu hanya kerana ‘memes’ di Internet. Filem komedi fantasi yang diinspirasikan oleh sebuah buku berjudul Winnie The Pooh berkisahkan seorang kanak-kanak bersama kawan-kawannya yang tinggal di sebuah pokok.

Bagaimanapun, filem ini diharamkan kerana rakyat disana menggunakan ‘meme’ Pooh iaitu kartun beruang, lalu disamakan dengan pemimpin di negara China ketika itu.

9. The Interview

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 10

Sebuah filem komedi diterbitkan pada tahun 2014 ini mengisahkan dua orang pengacara dan wartawan dari sebuah rancangan terkenal telah dijemput untuk menemu ramah pemimpin Korea Utara. Disebabkan filem ini, sistem Sony diserang oleh pengodam dan menyebabkan sejumlah besar data Sony dipadam.

Apabila disiasat dalang disebalik kejadian tersebut, pihak Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ia dilakukan oleh orang Korea Utara. Selain itu, pemimpin negara terbabit juga mengeluarkan hukuman kepada semua rakyatnya, jika sudah menonton cerita ini, nyawa mereka akan diambil atau dipenjara.

10. Barney’s Great Adventure

Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 11

Siapa saja yang tidak menonton cerita ini masa kecil bukan? Watak dinosaur berwarna ungu ini memang dikenali ramai dan ia mengisahkan seekor dinosaur mainan mula hidup apabila kanak-kanak berimaginasi tentangnya. Ia telah difilemkan pada 1998 dengan tajuk Barney’s Great Adventure.

Bagaimanapun, filem ini diharamkan di Malaysia, namun ramai yang berkata alasan ia diharamkan tidak berapa jelas. Kerajaan Malaysia semasa mengharamkan cerita ini hanya memberi alasan filem ini tidak sesuai ditonton kanak-kanak dan ramai ibu bapa ketika itu mempersoalkan alasan yang diberi.

filem flop


2 bulan lalu

Ada Yang Tak Sampai RM2k! Ini Antara Senarai 10 Filem Malaysia Catat Kutipan Terendah Di Pawagam


Tak Sangka 10 Filem ‘Box Office’ Ini Diharamkan Atas Alasan Pelik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo