Artikel Terkini

Tak Sangka Udara Dalam Rumah Lebih Tercemar, Ini Cara Atasinya

Tak Sangka Udara Dalam Rumah Lebih Tercemar, Ini Cara Atasinya
Tak Sangka Udara Dalam Rumah Lebih Tercemar, Ini Cara Atasinya 1

Udara bersih di dalam kediaman memang penting. Disebabkan udara dalam kedaiaman yang kurang bersih, kes asma mengalami peningkatan sehingga 17 juta di seluruh dunia. Tambahan, situsai pendemik covid-19 dan keadaan cuca yang tidak menentu mendesak kita untuk berada di dalam rumah dalam tempoh yang agak lama.

Masalahnya, udara yang terdapat di dalam rumah pun belum tentu selamat. Macam mana? Memetik laporan United States Environmental Protection Agency (EPA), kualiti udara di dalam rumah adalah lebih tercemar berbanding udara di luar.

Baca juga: Macam Ni Nak Hilangkan Bau Asap Rokok Yang Melekat Dalam Rumah

INI SEBABNYA UDARA DALAM RUMAH BOLEH TERCEMAR

Kualiti udara yang terperangkap di dalam rumah adakalanya lebih tercemar berbanding di luar. kajian Asthma And Allergy Foundation Of America, anda membawa masuk udara luar ke dalam rumah bila anda membuka pintu atau tingkap. Udara yang terperangkap di dalam rumah bertambah tercemar sebab tidak dibebaskan dalam tempoh yang lama.

Apabila udara yang dibawa masuk ke dalam kediaman terperangkap, ia akan bersatu dengan habuk, bulu haiwan peliharaan jika ada dan kulapuk yang terdapat di dalam rumah. Tambahan, jika terdapatnya kelembapan, paras hama menjadi lebih tinggi. Selain itu juga, proses memasak menyebabkan pembebasan zarah lemak atau minyak ke udara.

Tambah membimbangkan, penggunaan penyembur serangga, penyegar udara dan pelbagai kandungan bahan toksik dibebaskan secara terus ke dalam udara. Ini lahantara punca berlakunya pencemaran udara di dalam rumah.

3 CARA UNTUK PASTIKAN UDARA DALAM RUMAH SENTIASA BERSIH DAN SIHAT

1. Penapis udara

Penapis udara dulu merupakan trend. Namun di kala pendemik ini ia menajdi keperluan. Terdapat pelbagai jenama penapis udara dipasaran. Namun, bukan lah jenama dan rekaan yang menjadi ukuran. Yang penting pastikan ia dilengkapi perangkap True HEPA

2. Pewangi/penyegar udara semulajadi

Ramai antara kita yang lebih suka memimilih penggunaan penyegar udara jenis semburan, jelly atau sintetiksebagainya yang mengandungi toksik. Hal ini menyebabkan udara dalam kediaman anda tercemar. Sebaiknya, gunakan bahan semula jadi seperti kulit limau atau bunga cengkih yang direbus, bunga-bungaan yang harum seperti lili atau gunakan pati minyak yang disahkan dari sumber semulajadi.

Nak lebih murah, mudah dan tahan lama, boleh cuba jus limau yang dicampur bersama baking soda. Campuran ini berupaya meneutralkan bau di dalam rumah tanpa berlaku tindak balas dan pembebasan kimia beracun

3. Letak “indoor plant”

Umum tahu indoor plant membantu menapis udara secara semulajadi. Selain itu juga, ia menjadikan dekorasi atau suasana di dalam kedaiaman lebih segar dan tenang.

Penyelidikan oleh NASA menunjukkan bahawa tumbuhan boleh menyingkirkan bahan pencemar toksik, menyedut oksigen segar untuk persekitaran dalaman yang lebih sihat.

Tak Sangka Udara Dalam Rumah Lebih Tercemar, Ini Cara Atasinya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo