Infotainment

“Tak Suka Jangan Tengok…” Dikritik Kenapa Tidak Ajar Anak Berpuasa, Zarina Zainudin Perjelas Perkara Sebenar

“Tak Suka Jangan Tengok…” Dikritik Kenapa Tidak Ajar Anak Berpuasa, Zarina Zainudin Perjelas Perkara Sebenar 2

Pelakon Zarina Zainuddin mengakui agak sukar untuk menjelaskan kepada orang ramai apabila muncul kritikan daripada warga maya mengenai soal ibadah puasa terhadap kedua anak kembarnya, Azil dan Azal.

Ujar Zarina, bukannya dia tidak mahu mengajar kedua anaknya itu berpuasa namun Azal dan Azil masih belum memahami tuntutan agama berkenaan meskipun sudah diajar dan diminta untuk berpuasa.

Menganggap mereka yang meninggalkan komen sedemikian sebagai tidak cakna dan memahami situasi yang dialaminya kerana mungkin tidak berada dalam tempatnya kini, Zarina memberitahu kekangan terbesar adalah anak kembarnya itu menghidap ‘Mild Autism’.

“Anak saya empat orang yang tiga orang tu berpuasa penuh. Dua orang autism Azal mild autism azil memang saya tak dapat nak ajar sebab dia tak faham. Azil saya jaga seperti biasa rutin hariannya tetap sama bila di rumah saya akan siapkan breakfast dia dan lain-lain.”

Perkara tersebut dijelaskan Zarina menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Ujar Zarina lagi, dia sering berkongsikan rutin harian kehidupannya bersama anak-anak dan turut mengalu-alukan para pengikutnya agar berhenti mengikutinya di media sosial jika tidak suka apa yang dikongsikannya selama ini.

“Saya kongsikan rutin harian Azil di sini, kalau tak suka jangan tengok IG saya. Dalam TV penuh iklan makanan rancangan masakan, kalau rasa itu pun mengugat keimanan encik so tak payah tengok TV yea” tulisnya lagi panjang lebar.

Tambahnya lagi, dia enggan mengambil pusing dengan komen-komen seperti itu dan memilih untuk menyekat akaun yang dirasakan tidak rasional dalam meninggalkan komen.

Terdahulu, Zarina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata termasuklah kembar istimewa, Azal dan Azil.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



“Tak Suka Jangan Tengok…” Dikritik Kenapa Tidak Ajar Anak Berpuasa, Zarina Zainudin Perjelas Perkara Sebenar 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo