Infotainment

Tak Tahan Dihina, Wani Comel Mahu Saman Netizen

Tak Tahan Dihina, Wani Comel Mahu Saman Netizen 1

Tak Tahan Dihina, Wani Comel Mahu Saman Netizen 2

Tidak hanya akan berdiam diri, gadis obesiti, Wani Comel berkata dia akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap netizen yang melemparkan kata-kata fitnah terhadap dirinya.

Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim berkata dia terpaksa berbuat demikian berikutan banyak tohmahan dileparkan selepas dia membuat pendedahan didakwa diperdaya oleh usahawan kosmetik.

BACA: “Kerjalah Wani, Dah Boleh Jalan Carilah Rezeki, Nak Harap Bantuan Sampai Bila?”

Tak Tahan Dihina, Wani Comel Mahu Saman Netizen 3

“Terlalu banyak pihak yang tak henti henti mengacau hidup wani dengan pelbagai kata kata kesat dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani mati.

“Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag Wani dengan cubaan gangguan, fitnah, cacian, makian, hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shaming, Wani sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana Wani berhak berbuat demikian,” katanya.

Wanita turut meminta netizen supaya berfikir terlebih dahlu sebelum menulis komen jika tidak mahu sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Ujarnya, dia dalam usaha mengumpul kata-kata hinaan itu sebagai bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Mereka yang membantu wani telah mengumpulkan semua bukti2 komen anda yg menghina, mengecam,menghasut masyarakat utk provokasi menimbulkan perbalahan hal wani di media sosial di Instagram dan DM Wani.

“Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu. Hati hati bila menulis takut termakan diri,” katanya.



Tak Tahan Dihina, Wani Comel Mahu Saman Netizen 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo