Berita

Takaful Ikhlas perkenal dua produk baharu

Takaful Ikhlas perkenal dua produk baharu 2

TAKAFUL Ikhlas Family Bhd (Takaful Ikhlas) anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd terus mengukuhkan portfolio produk perlindungan dengan memperkenalkan Ikhlas Bersama dan Ikhlas Dariku.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Nor Azman Zainal berkata, kedua-dua produk baharunya itu akan memberi kemudahan kepada orang ramai memiliki pelan perlindungan takaful yang komprehensif dan fleksibel.

“Ciri unik Ikhlas Bersama dan Ikhlas Dariku adalah ia mempunyai faedah istimewa accelerated death expense (ADE).

“Dengan ADE, waris terdekat akan menerima sehingga RM20,000 daripada amaun perlindungan serta-merta sekiranya peserta meninggal dunia.

“Ini bertujuan mengurangkan bebanan kewangan keluarga disebabkan kematian insan yang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran kedua-dua produk yang diadakan serentak dengan pembukaan Minggu Saham Digital (MSD) 2020.

Nor Azman berkata, Ikhlas Bersama adalah pelan perlindungan semua dalam satu dan mampu milik yang menyediakan perlindungan asas untuk kematian.

Ia juga katanya, boleh ditambah dengan aneka pilihan perlindungan komprehensif tambahan (rider), yang pelanggan dapat ‘pilih dan padan’ mengikut keperluan masing-masing.

Katanya, perlindungan tambahan yang komprehensif itu antaranya merangkumi perlindungan penyakit kritikal, hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), kemasukan ke hospital (dengan kad perubatan), pendapatan harian jika dimasukkan ke hospital, pengecualian sumbangan serta perlindungan berkaitan kemalangan.

“Manakala Ikhlas Dariku pula produk perlindungan yang menumpukan kepada pemberian hibah. Selain memberikan jaminan, Ikhlas Dariku juga mempunyai manfaat kematian tambahan.

“Waris akan diberikan bayaran tambahan 100 peratus daripada amaun perlindungan asas untuk kematian akibat kanser, tambahan 200 peratus daripada amaun perlindungan asas untuk kematian akibat kemalangan dan tambahan 300 peratus daripada amaun perlindungan asas sekiranya peserta meninggal dunia ketika menunaikan ibadat haji atau umrah,” katanya.

Nor Azman berkata, Ikhlas Dariku juga memberikan Ganjaran Tunai kepada pelanggan untuk peristiwa penting seperti perkahwinan, kelahiran anak, pembelian rumah baharu, menunaikan ibadat haji dan melancong ke lima negara yang berbeza.

Sempena dengan Minggu Saham Digital 2020 (MSD 2020), Takaful Ikhlas turut memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan perlindungan takaful, hibah dan wakaf melalui dua program bual bicara yang disiarkan secara langsung di laman media sosial, Facebook.

Takaful Ikhlas perkenal dua produk baharu 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo