Infotainment

(TAKZIAH) Tokoh Ekonomi & Pendidikan Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia

(TAKZIAH) Tokoh Ekonomi & Pendidikan Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia 1

(TAKZIAH) Tokoh Ekonomi & Pendidikan Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia 2

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang juga merupakan Tokoh ekonomi dan pendidikan negara, kini telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court di sini, hari ini.

(TAKZIAH) Tokoh Ekonomi & Pendidikan Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia 3

Menurut laporan BH Online, kematiannya dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Rahaiah Baheran.

Allahyarham yang berusia 98 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 petang tadi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Sekadar informasi, Ungku Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom (UK), pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Bahkan, Allahyarham juga merupakan pemegang ijazah dalam bidang ekonomi pada 1951, di Universiti Malaya (UM), Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada 1964.

(TAKZIAH) Tokoh Ekonomi & Pendidikan Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia 5

Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini pernah berkhidmat di Fakulti Ekonomi UM, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1965 dan pernah menjadi Dekan di fakulti itu. Malah, beliau juga telah dilantik sebagai Naib Canselor UM sehingga 1988. Beliau adalah naib canselor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.

Gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) telah dianugerahkan kepada Ungku Aziz yang juga bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, pada 17 Jun 1978.

Sumber: BH Online 



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



(TAKZIAH) Tokoh Ekonomi & Pendidikan Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo