Infotainment

Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’

Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’
Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’ 1

Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’

Sebelum ini, pelakon Will Smith mengejutkan semua penonton di Anugerah Akademi (Oscar) ke-94 apabila dia bertindak menampar pelawak Chris Rock gara-gara berseloroh mengenai masalah Alopecia atau keguguran rambut yang dihadapi oleh isterinya, Jada Pinkett.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Ejek Rambut Botak Isteri Masa ‘Live’, Chris Rock Kena Tampar Dengan Will Smith

Mohon maaf kepada Chris

Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’ 3

Menerusi hantaran di Instagram, Will tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chris dengan mengatakan bahawa perbuatannya itu sudah melampaui batas serta malu dengan tindakan dirinya yang tidak menunjukkan seperti lelaki yang dia inginkan.

Keganasan dalam semua bentuknya adalah beracun dan memusnahkan. Kelakuan saya pada anugerah akademi malam tadi tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan. Gurauan tentang keadaan penyakit Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi.

Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris. Saya melampaui batas dan saya salah. Saya malu dan tindakan saya tidak menunjukkan lelaki yang saya inginkan. Tidak ada tempat untuk keganasan dalam dunia cinta dan kebaikan.

Kesal dengan tingkah lakunya

Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’ 4

Dalam pada itu, Will juga memohon maaf kepada penerbit rancangan berkenaan, para tetamu dan juga para penonton di seluruh dunia dengan tindakannya itu.

Ujarnnya lagi, dia turut berasa kesal dengan tingkah lakunya itu dan kini dia dalam proses untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik.

Saya juga ingin memohon maaf kepada Akademi, penerbit rancangan itu, semua hadirin dan semua orang yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada Keluarga Williams dan Keluarga Raja Richard saya. Saya amat kesal kerana tingkah laku saya telah menodai apa yang telah menjadi perjalanan yang indah untuk kita semua.

Sumber : willsmith


Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list