Artikel Terkini

‘Tangan emas’ Ochoa selamatkan Mexico

‘Tangan emas’ Ochoa selamatkan Mexico
'Tangan emas' Ochoa selamatkan Mexico 1

DOHA – Piala Dunia terus menjadi pentas buat penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa menyinar dan kali ini cemerlang menafikan sepakan penalti Robert Lewandowski untuk memastikan keputusan seri 0-0 dengan Poland di Stadium 974 sebentar tadi.

Sekalipun tidak menjadi pilihan kepada kelab ternama di Eropah, pemain berusia 37 tahun ini sentiasa konsisten setiap kali menyarung jersi Mexico di pentas Piala Dunia seperti yang pernah dibuktikan pada edisi sebelum ini.

Disebalik kecemerlangan Ochoa, Poland sebenarnya wajar menyalahkan diri sendiri kerana tampil dengan aksi kurang menyakinkan dan dilihat terlalu bergantung kepada magis Lewandowski.

Selepas bermula agak baik, Poland seakan mula dihimpit ketandusan idea untuk menggerakan serangan dan pemainnya gagal melakukan hantaran lebih baik kepada Lewandowski.

Sepanjang 45 minit pertama, bintang Barcelona itu seperti ‘hilang dari radar’ selepas hanya memiliki satu sentuhan dalam kotak penalti lawan sedangkan Mexico berjaya menamatkan babak pertama sebagai pasukan yang lebih baik.

Skuad El Tri jelas lebih bersemangat dan penyerangnya, Alexis Vega juga berjaya menghadirkan situasi sukar buat pertahanan Poland namun ia gagal disudahkan dengan sempurna.

Ketika Mexico makin garang memburu jaringan, sedikit kesilapan yang dilakukan pertahanannya mengundang padah apabila pengadil perlawanan, Chris Beath menghadiahkan penalti buat Poland selepas penilaian semula dilakukannya menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) dan mendapati Hector Moreno mengasari Lewandowski dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, peluang keemasan pada minit ke-58 itu berakhir dengan kekecewaan apabila penjaga gol Mexico, Ochoa bijak membaca arah sepakan Lewandowski sekaligus beri lebih tekanan buat Poland.

Sabtu ini, Arab Saudi yang cipta kejutan besar dengan menewaskan Argentina 2-1 bakal menjadi lawan kedua buat Poland di Stadium Education City manakala Mexico akan menentang La Albiceleste di Stadium Lusail, awal pagi Ahad. – KOSMO! ONLINE


'Tangan emas' Ochoa selamatkan Mexico 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo