Berita

Tangis di hati Aaron | Harian Metro

Tangis di hati Aaron | Harian Metro 1

Tangis di hati Aaron | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Pelakon popular kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz reda kehilangan ibu tercinta,  Allahyarham Juriana Jaafar yang meninggal dunia semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura selepas beberapa hari menerima rawatan.

Perkongsian berita duka kehilangan ibunya terlebih dahulu dibuat Aaron di media sosial iaitu Instagram dan Facebook memaklumkan ibu tersayangnya sudah kembali kepada Yang Maha Esa.

Menerusi perkongsian video ringkas di Instagram beberapa jam lalu berlatarkan kawasan tanah perkuburan dan hujan, ia umpama menjelaskan kesedihan dialami pelakon drama Tuan Anas Mikael itu saat ini.

Pada kapsyen ditulis,  katanya hujan yang turun dan membasahi tanah perkuburan berkenaan adalah rahmat daripada Allah.

“Hujan rahmat daripadamu Ya Allah, sebaik saja kami kebumikan bonda tercinta kami. Jadilah, ini tandanya bonda ku dah diampunkan dan ringankanlah alam barzakhnya sehinga kami bertemu lagi di Jannahtul Firdausi. Insha- Allah.

“Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat di hospital. Malah, terima kasih juga di atas segala doa-doa kalian,” katanya.

Pada perkongsian video dibuat itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat yang meninggalkan komen mengucapkan takziah kepada Aaaron sekeluarga dan memintanya tabah menghadapi ujian Allah.

Melalui entri terdahulunya, Aaron menuliskan  doa yang dipohon kepada Allah buat Allahyarham ibunya.

“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.

“Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” katanya.

Turut memuat naik entri di Instagram ialah isteri Aaron, Datin Diana Halik yang berkongsi nota suara yang dihantar Allahyarham ibu mentuanya.

Tangis di hati Aaron | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo