Berita

Tapak proses timah dalam hutan disita

Tapak proses timah dalam hutan disita 2

Semenyih: Lokasinya satu kilometer dari jalan utama dan dikelilingi ladang kelapa sawit dan hutan.

Itu taktik pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan kawasan hutan di Jalan Sungai Lalang berhampiran kawasan perundustrian Hi-Tech 6, di sini, sebagai tapak pemprosesan timah.

Pemerhatian di lokasi itu turut mendapati premis yang kini sudah disita dipagar dengan zink bagi memastikan kegiatan mereka bukan saja tidak dapat dihidu pihak berkuasa tetapi penduduk tempatan.

Ketika tinjauan dijalankan, anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pihak berkuasa alam sekitar sudah berada di lokasi.

Beberapa jentera juga sudah disita dan pekerja tidak kelihatan di premis haram itu.

Lokasi yang berbukit turut mempunyai jalan berturap memudahkan kegiatan haram ini dijalankan.

Jalan persendirian yang dibuka itu juga menghubungkan beberapa dusun dan ladang kelapa sawit.

Difahankan, pihak berkuasa menerima maklumat pencemaran selepas air hitam dikesan di longkang monsun Taman Semenyih Permata.

Tindakan segera menutup saliran air ke longkang awam dijalankan agar air dari premis berkenaan tidak mengalir ke loji rawatan air (LRA).

Kelewatan itu boleh menyebabkan henti tugas di LRA seterusnya berpotensi berlakunya gangguan bekalan air.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumkan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian akan mengadakan sidang media berhubung kejadian itu, Isnin ini.

Tapak proses timah dalam hutan disita 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo