Infotainment

Tarian Lelaki Dalam MV Kelepok Raya Itu Seni, Aliff Syukri Minta Netizen ‘Open Minded’

Tarian Lelaki Dalam MV Kelepok Raya Itu Seni, Aliff Syukri Minta Netizen ‘Open Minded’
Tarian Lelaki Dalam MV Kelepok Raya Itu Seni, Aliff Syukri Minta Netizen 'Open Minded' 1

Tampil dengan lagu raya berjudul Kelepok Raya, bagaimanapun lagu nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu dikecam teruk oleh netizen.

Rata-rata netizen kurang senang dengan aksi tarian penari lelaki lembut dalam video berkenaan kurang sesuai untuk tontonan umum.

BACA: Ibu Aliff Syukri Geli Tengok Penari Dalam MV Kelepak Kelepuk Raya

Malah, netizen turut mengkritik aksi dan pakaian penari dalam muzik video itu dilihat memakai songkok dikatakan mencemarkan imej Islam orang Melayu.

Tampil menjawab kritikan netizen, Aliff meminta netizen supaya bersikap open minded atau terbuka kerana tarian penari itu adalah seni.

Aliff turut meluahkan rasa hairan mengapa penari dalam muzik videonya dikecam sedangkan sebelum ini penari itu pernah menari untuk artis lain.

“Bagi saya tarian is art. Selagi dia tak berbogel. Melayu ni kebanyakannya tengok video lepas tu kecam awal-awal. Padahal tarian itu adalah seni, saya pun salah seorang penari kebudayaan.

“Penari yang kita ambil adalah daripada penari kebudayaan daripada Istana Budaya. Banyak artis dah guna deorang untuk muzik video tapi tak tahulah kenapa Aliff Syukri je orang nampak,” katanya.

Kata Aliff, dia tidak kisah dikritik kerana baginya jika netizen tidak berfikiran positif, industi seni akan berada di takuk yang sama.

“Bagi saya netizen boleh komen apa saja orang kata saya buat gimiklah, bagi saya terbuka, yang buruk saya terima yang baik pun saya terima.

“Bagi saya tanpa gimik lagu ini tidak akan meletup sebab saya bukan Siti Nurhaliza. Kalau netizen tidak berfikiran positif, tak berfikiran out of the box sampai bila industri nyanyian dalam takuk yang sama,” katanya.

Ditanya mengenai teguran diberikan oleh ibunya, Bonda Rozita, Aliff berkata dia sudah menapis babak panas dalam muzik video itu.

“Memang mak saya ada bagi teguran, tapi video itu sudah ditapis. Video itu sebenarnya agak lagi panas, tapi mak saya bagi tahu jangan ini dah terlebih.

“Saya bagi tahu dengan penari pakai baju yang selesa dan menari ikut kemahuan mereka. Jadi mereka tampil berbeza-beza. Saya dah potong babak dalam video itu hampir 40 peratus bagi menghormati isteri dan ibu saya,” katanya.


Tarian Lelaki Dalam MV Kelepok Raya Itu Seni, Aliff Syukri Minta Netizen 'Open Minded' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list