Artikel Terkini

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac 1

KUALA LUMPUR- Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang, Rabu ini (22 Mac) bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Menurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.

Cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Lokasi terlibat ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah serta Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan serta Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

-MalaysiaGazette

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo