Infotainment

Tegur Anak Jiran Buat Bising Naik Motor, Lelaki Dibunuh & Tangan Hampir Terputus

Tegur Anak Jiran Buat Bising Naik Motor, Lelaki Dibunuh & Tangan Hampir Terputus 2

Kini Trending

Tegur Anak Jiran Buat Bising Naik Motor, Lelaki Dibunuh & Tangan Hampir Terputus 3

Di Teluk Intan, Perak, seorang lelaki berusia 29 tahun maut dipercayai dibunuh oleh jiran sendiri kerana menegur anak suspek membuat bising dengan menunggang motosikal di kawasan perumahan mereka. Memetik laporan Astro Awani, suspek berang apabila anaknya ditegur mangsa pada 13 Mei lalu, sebelum berlakunya insiden pembunuhan.

Tegur Anak Jiran Buat Bising Naik Motor, Lelaki Dibunuh & Tangan Hampir Terputus 5

Ketua Polis Daerah Hilir Perak iaitu Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di tapak pembinaan perumahan di Taman Desa Maju di Langkap dalam keadaan lengan tangan kanan hampir putus di dalam semak. Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam.

Meninjau laporan pihak berkuasa, dipercayai suspek berusia 34 tahun itu berang kerana anak ditegur oleh mangsa dipercayai menunggang motosikal dan membuat bising. Laporan terkini, suspek bersama empat lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes ini.

Difahamkan, mangsa sedang minum di sebuah kedai kosong berhampiran bersama rakannya sebelum didatangi lapan lelaki lain. Lapan individu itu menyerang mereka bersenjatakan parang dan mangsa melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.

Mangsa dan suspek utama tinggal berjiran, dimana rumah mereka hanya berselang dua buah rumah. Empat lelaki lain yang ditangkap bersama suspek utama akan diberi jamin dan diikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebagai saksi pendakwaan.

Sumber: Astro Awani


Tegur Anak Jiran Buat Bising Naik Motor, Lelaki Dibunuh & Tangan Hampir Terputus 7



Tegur Anak Jiran Buat Bising Naik Motor, Lelaki Dibunuh & Tangan Hampir Terputus 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo