Berita

Teguran liat bayar hutang | Harian Metro

Teguran liat bayar hutang | Harian Metro 2

BARANGKALI kedengaran agak kasar dan kurang sesuai, namun judul Hutang Bayarlah Woi dirasakan berkesan oleh kumpulan Revenge untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjam individu berhutang, tetapi liat hendak membayarnya.

Revenge yang dianggotai empat anggota dari Kuala Lumpur iaitu Hafiz Yaakop (vokalis), Ade Hasnoor Ibrahim atau Wak (gitar), Syafrizal Sharif (bass) dan Faizal Razali (dram) kini tampil semula selepas 10 tahun menyepi.

Wak berkata, lagu ini dihasilkan berdasarkan kisah benar mengenai seorang kawan yang pernah meminjam wangnya.

“Selepas itu dia buat tak tahu sahaja dan terus dilupakan sampai sekarang. Kalau dah berhutang dengan orang, lunaskan dahulu hutang itu.

“Takkan saya pula nak jadi ‘pengemis’ padanya hanya kerana nak minta balik duit sendiri?” katanya yang kecewa dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, single ini dirakam di Studio Merah, Ampang pada awal tahun lalu sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Revenge pernah menggegarkan industri muzik rock tanah air suatu ketika dahulu dengan konsep ‘heavy’.

AYED (tengah) menyokong Revenge aktif kembali.
AYED (tengah) menyokong Revenge aktif kembali.

Mereka ditubuhkan pada 2005 oleh Farith Jamal (Ayed) serta Arul dan pernah popular dengan lagu seperti Legends of Rock & Roll dan Ready to Roll.

Revenge juga pernah diundang sebagai pembuka tirai untuk konsert Wings dan Search serta menyertai beberapa festival muzik tempatan seperti Rock the World 7 dan ROTTW Convention Concert.

Wak yang sebelum ini bermain dram adalah satu-satunya anggota asal Revenge.

“Saya mengaktifkan kembali kumpulan kesayangan saya ini dengan ahli baharu selepas mendapat sokongan Ayed dan Arul yang kini sibuk dengan aktiviti harian masing-masing.

“Syukur dengan kesungguhan mereka (ahli baharu) akhirnya single Hutang Bayarlah Woi ini berjaya dihasilkan,” katanya.

Revenge juga menerbitkan dokumentari berdurasi 25 minit yang menampilkan proses di sebalik tabir sesi rakaman lagu Hutang Bayarlah Woi serta temu bual bersama barisan anggotanya.

Dokumentari istimewa berkenaan kini boleh ditonton di saluran YouTube Revenge Malaysia Official.

Selain itu, single Hutang Bayarlah Woi juga boleh didapati di platform muzik utama seperti Spotify, Apple Music, Google Play dan Amazon.

Teguran liat bayar hutang | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo