Infotainment

Tercalon Dalam Enam Kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33, Mira Filzah Akui Tidak Tertekan Untuk Menang

Tercalon Dalam Enam Kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33, Mira Filzah Akui Tidak Tertekan Untuk Menang 2

Tercalon dalam enam kategori sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33, pelakon dan pengacara Mira Filzah akui tidak berasa tertekan.

Isteri kepada Wan Emir Astar ini yang dahulunya pernah menggondol anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke-32 berkata dia  akur dengan situasi semasa dan mula membiasakan diri dengan mengamalkan norma baru dalam kehidupan.Tercalon Dalam Enam Kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33, Mira Filzah Akui Tidak Tertekan Untuk Menang 3

Meskipun tercalon dalam banyak kategori, Mira Filzah tidak meletakkan sebarang jangkaan dan harapan untuk meraih mana-mana trofi. Malah, dia turut memberitahu kelab peminatnya iaitu Miraclegacy supaya tidak meletakkan sebarang tekanan dan cukup berusaha yang termampu.

“Teras ABPBH adalah sokongan dan undian peminat. Dengan keadaan semasa penularan COVID-19, saya tahu masing-masing bergelut. Saya sudah beritahu kelab peminat untuk tidak tertekan dan cukuplah berusaha sekadar mampu. Bagi saya, tahun ini lebih positif di mana tiada tekanan langsung,”

Difahamkan Mira tercalon dalam empat kategori utama dan dua kategori online. Untuk kategori utama dia tercalon dalam kategori Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Pelakon TV Popular dan Pelakon Filem Popular. Manakala bagi online pula, Mira tercalon dalam kategori Gandingan Serasi Filem untuk Filem Sangkar dan Gandingan Serasi Drama untuk dua judul iaitu Sweet Dreams dan Adellea Sofea.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat terutamanya kelab Miraclegacy yang tidak putus asa mengundi dirinya. Mira turut berpesan kepada semua masyarakat supaya sentiasa menjaga diri dan kesihatan sepanjang berhadapan dengan wabak membunuh ini.

Perkembangan terbaru, Mira dilaporkan hanya ingin fokus kepada karier lakonan pada akhir tahun ini. Dia juga kini lebih selesa menghabiskan masa di rumah bersama suami tersayang sambil mengendalikan akaun Youtube yang baru dilancarkan untuk tatapan peminat di bawah nama Emiramirah.

Sumber : Berita Harian





Tercalon Dalam Enam Kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33, Mira Filzah Akui Tidak Tertekan Untuk Menang 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo