Berita

Terengganu dilanda gelombang kelima banjir

Terengganu dilanda gelombang kelima banjir 1

Terengganu dilanda gelombang kelima banjir 2

Kuala Terengganu: Terengganu kembali dilanda banjir selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dungun dan Kemaman petang hari ini.

Tiga PPS iaitu masing-masing dua di Dungun dan satu di Kemaman bagi menempatkan 138 mangsa daripada 40 keluarga menerusi banjir gelombang kelima yang mula melanda hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, seramai 92 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan di dua PPS di Dungun.

Daripada jumlah itu, katanya, 60 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang dibuka pada 5.45 petang.

“Sebuah lagi PPS di Dungun iaitu Dewan Serbaguna Kampung Shukor pula dibuka 6.25 petang tadi bagi menempatkan 32 mangsa daripada lapan keluarga.

“Di Kemaman pula, 11 keluarga membabitkan 46 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Teladas yang diaktifkan pada 6.30 petang.

“Hujan lebat yang melanda sejak dua hari lalu di daerah berkenaan menjadi faktor kenaikan air mendadak di kediaman penduduk,” katanya.

Sebelum ini, banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu pada 17 Disember lalu pulih sepenuhnya selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 23 Disember lalu.

Ketika itu, lebih 8,000 mangsa terjejas dengan Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila lebih 7,000 mangsa dipindahkan ke PPS.

Terengganu dilanda gelombang kelima banjir 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo