Berita

Tergamak tinggalkan ibu berkerusi roda di tepi jalan [METROTV]

Tergamak tinggalkan ibu berkerusi roda di tepi jalan [METROTV] 1

Tergamak tinggalkan ibu berkerusi roda di tepi jalan [METROTV] 2

Shah Alam: Wanita warga emas yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda di tepi jalan di Jalan Kebun dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan ahli keluarga.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung warga emas ditinggalkan di tepi jalan dengan bekalan lampin pakai buang serta beg pakaian.

“Sebaik saja menerima maklumat itu, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bertindak segera turun padang pada jam 8.30 malam tadi bagi menyantuni warga emas itu.

“Hasil siasatan mendapati wanita berusia 60 tahun itu adalah asnaf fakir dan masih mempunyai keluarga.

“LZS kemudian berjaya menghubungi keluarga warga emas itu bagaimanapun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris sudi menjemputnya pulang ke rumah dengan pelbagai alasan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, LZS terpaksa menyerahkan warga emas berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Polis bertindak menghubungi anak warga emas terbabit dan menjalankan sesi rundingan mengikut kepakaran pihak berkuasa berkenaan,” katanya.

Menurutnya, anak wanita berkenaan pada awalnya bersetuju hadir ke balai polis untuk mengambil ibunya bagaimanapun sekitar jam 3 pagi tadi, individu terbabit membuat keputusan tidak boleh menjaga wanita itu lagi.

WANITA emas diselamatkan kakitangan LZS seterusnya ditempatkan di pusat jagaan warga emas. FOTO ihsan LZS
WANITA emas diselamatkan kakitangan LZS seterusnya ditempatkan di pusat jagaan warga emas. FOTO ihsan LZS

“Polis kemudian menghubungi pusat jagaan warga emas yang kemudian datang menaiki ambulans untuk membawanya ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

“Hati mana yang tidak tersentuh apabila ibu ini masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Kata wanita itu ‘dah lama acik (makcik) tak jumpa anak, anak acik baik orangnya’. Kami cuba menyembunyikan rasa sebak kami kepada beliau. Mungkin ada kisah keluarga yang hanya mereka mengetahuinya,” katanya.

LZS memaklumkan, pihaknya menempatkan warga emas itu di pusat jagaan warga emas mengikut prosedur dengan kebenaran anaknya dan semua kos ditanggung oleh agensi berkenaan.

“Terima kasih kepada orang awam yang menyampaikan maklumat kepada kami serta Pusat Jagaan Warga Emas Baitul Mawaddah, Pusat Jagaan warga Emas SRA serta pihak Balai Polis Sri Muda yang bekerjasama dari malam hingga ke awal pagi dalam menguruskan kes ini.

“Marilah sama-sama kita doakan semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan ibu ini dapat dijaga dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Tergamak tinggalkan ibu berkerusi roda di tepi jalan [METROTV] 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo