Infotainment

Tersingkir GV8, Bandi Amuk Tak Jadi Buka Topeng

Tersingkir GV8, Bandi Amuk Tak Jadi Buka Topeng
Tersingkir GV8, Bandi Amuk Tak Jadi Buka Topeng 1

Tersingkir di minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim kelapan, hasrat penyanyi rock Bandi Amuk untuk membuka topeng akhirnya terkubur.

Menurut Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, dia mengambil keputusan untuk kekal dengan imej bertopeng selepas gagal layak ke pentas akhir GV8 dan tidak akan menggadaikan ‘trademark’ yang dibawa olehnya selama ini.

BACA: “Jika Mara Ke Peringkat Akhir GV8, Mungkin Saya Akan Buka Topeng”

“Saya tak umpan apa-apa, saya memang ada pasang niat kalau berada di top 3 saya akan buka topeng sebagai hadiah kepada peminat yang sudah lama menyokong saya.

“GV sebuah program besar dan kalau nak buat sesuatu biarlah semua orang tahu siapa saya. Namun tak sangka pula ramai peminat marah dan minta saya jangan buka topeng.

“Sebab ini trademark saya sejak sekian lama, buat apa nak gadaikan aset saya. Tapi apabila sampai sini saja perjuangan saya, maknanya Allah pun tak izinkan. Jadi, niat untuk buka topeng itu terkubur. Saya akan kekalkan imej bertopeng ini sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, Bandi mengakui sukar untuk menukar konsep muziknya apatah lagi perjuangan bersama Amuk sudah sebati dalam dirinya sejak dulu lagi.

“Apa yang saya perjuangkan bersama Amuk sejak dulu sampai sekarang terlalu besar. Kalau nak saya menyanyi dengan stail berbeza… rasanya sedikit sulit. Saya tak belajar daripada sesiapa dan saya berpegang dengan apa yang saya buat. Bersama Amuk, saya bangga!

“Walaupun tujuh minggu dalam GV8, sejarah bersama Amuk saya takkan korbankan. Saya tak rasa terkilan atau sedih pun apabila tersingkir,” katanya.

November lalu, Bandi berkata jika mara ke peringkat akhir, Gegar Vaganza, dia mungkin akan membuka topeng yang sudah sebati dengan dirinya sejak 23 tahun lalu.


Tersingkir GV8, Bandi Amuk Tak Jadi Buka Topeng 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo