Berita

Tesco, foodpanda jalin kerjasama | Harian Metro

Tesco, foodpanda jalin kerjasama | Harian Metro 2

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd bekerjasama dengan foodpanda Malaysia untuk membuat penghantaran pesanan dalam tempoh 40 minit.

Pelanggan dapat memesan hingga 3,000 barang termasuk produk makanan segar dan barangan runcit.

Pengarah Produk, Kenneth Chuah berkata, kerjasama itu akan mengukuhkan lagi kehadiran Tesco di atas talian yang kini wujud melalui platform beli-belah runcitnya sendiri, Tesco Online.

“Di Tesco, kami berusaha untuk pelanggan kami. Kami berusaha untuk memastikan akses kepada pelanggan melalui 62 cawangan kami di seluruh negara manakala rangkaian Barangan Berjenama Tesco kami juga umumnya lebih murah apabila dibandingkan dengan jenama nasional.

“Pandemik Covid-19 yang berlarutan menyebabkan pelanggan mula mengubah cara mereka berbelanja. Kerjasama dengan foodpanda ini akan membantu pelanggan yang was-was untuk meninggalkan keselamatan dan keselesaan rumah mereka untuk berbelanja,” katanya.

Menurutnya, perdagangan pantas (atau q-commerce) adalah e-dagang generasi seterusnya – menyediakan penghantaran ultra cepat dengan waktu penghantaran sepantas 40 minit.

Pelanggan Lembah Klang kini boleh menggunakan platform foodpanda untuk membuat pesanan dari Tesco Paradigm Mall, Kepong, Extra Cheras, Extra Puchong, Bandar Puteri Bangi, Kajang, Bukit Puchong, Shah Alam, Wangsa Walk, Setia Alam dan Selayang.

Tesco juga berhasrat untuk berkembang dengan foodpanda ke bahagian lain di Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Pelanggan dari Melaka akan dapat memesan melalui foodpanda dari Tesco Peringgit Melaka dan Melaka Cheng; Negeri Sembilan (Tesco Extra Seremban Jaya), Perak (Tesco Ipoh dan Stesen 18); Pulau Pinang (Tesco Penang dan Bukit Mertajam) dan Johor (Tesco Extra Tebrau City).

Tesco, foodpanda jalin kerjasama | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo