Infotainment

Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – ‘Baki RM103 Aku Halalkan Saja’

Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – ‘Baki RM103 Aku Halalkan Saja’
Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – 'Baki RM103 Aku Halalkan Saja' 1

Kini Trending

Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – ‘Baki RM103 Aku Halalkan Saja’

Adat meminjam adalah wajib melunaskan hutang itu dengan segera. Ini tidak, ada pula manusia tak kenang budi apabila si pemberi yang perlu meminta-minta agar duitnya dipulangkan semula.

Artikel Berkaitan: Berang Kena Bayar Makan, Isteri Ungkit Semua ‘Hutang’ Suami Sampai Jatuh Lafaz Talak

Artikel Berkaitan: Geram Hutang Tak Bayar, Wanita Nekad Lakukan Ritual Ilmu Hitam Depan Rumah Penghutang

Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – 'Baki RM103 Aku Halalkan Saja' 4

Namun, ini lain kisahnya. Satu pengajaran yang perlu dicontohi ramai orang apabila meminjam wang ringgit atau barang yang bukan milik kita.

Menerusi perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh, dia menceritakan satu kejadian meminjamkan wang sebanyak RM210 kepada individu tidak dikenali. Walaupun agak keberatan pada awalnya, dia tergerak hati untuk membantu lalu mengingatkan wanita itu agar membayar pada setiap bulan mengikut kemampuan diri.

Apa yang istimewanya wanita tersebut, dia tidak melanggar janji untuk membayar hutang. Kata Mohd Fadli, dia pernah menerima bayaran sebanyak RM7 daripada wanita itu. Malah ceritanya lagi, wanita itu akan menghubunginya sekiranya gagal untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan.

Terharu dengan kejujuran wanita itu, dia bertindak menghalalkan baki hutang iaitu sebanyak RM103.

Aku memang sangat sukar bagi orang berhutang. Tambah-tambah orang yang aku tak pernah kenal secara nyata. Tapi akak ini kes special. Aku tak pernah jumpa dan kenal, Allah gerakkan hati nak bantu. Mei lalu, dia terdesak nak pakai duit RM210. Satu nilai yang aneh pada aku. Jarang orang berhutang nilai yang spesifik, biasanya orang genabkan jumlah.

Dengan akak ni, entah macam mana aku setuju saja nak bagi pinjam. Syarat aku, ‘akak bayarlah berapa pun sebulan, asalkan bayar’. Dan akak ni berpegang sungguh pada janji. Setiap bulan dia akan bank in kadang RM10, kadang RM20. Pernah sekali RM50 dan pernah ada bulan tak dapat bagi dia hubungi aku. Semalam, akak ini bayar RM7. Satu jumlah yang sangat-sangat ganjil orang bayar. Namun rasanya hanya banyak itu yang dia mampu.

Betapa aku rasa terharu dengan kejujuran dan kesungguhan akak ini cuba melunaskan hutang. Walau cuma ada RM7, dia tetap bayar. Jumlah bayaran setakat ini, RM107. Ada lagi baki RM103. Tak apalah. Yang lebih itu aku halalkan sahaja. Kejujuran dan amanah yang ditunjukkan akak ni tidak ternilai harganya.

Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – 'Baki RM103 Aku Halalkan Saja' 6

Dalam pada itu, Mohd Fadli turut mengingatkan secara umum kepada semua orang agar melunaskan hutang seperti yang telah dijanjikan.

Kalian yang pernah berhutang dengan sesiapa, tolong tiru akak ini. Dia nekad membayar hutang dia saban bulan tanpa jemu. Jika gagal, terus hubungi bagitahu tak mampu dan akan sambung bulan seterusnya. Pemberi hutang akan rasa lega dan rasa selamat bila penghutang jujur begini.

Ini ada orang berhutang sampai beribu, bila sampai masa dijanjikan untuk bayar, senyap. Yang bagi hutang pula kena hubungi dulu dan minta. Kalau bayar sikit-sikit macam akak ni kan dah lama settle. Malu kat akak ni weh. RM7 pun dia bayar. RM10 pun dia bayar. Bila tak mampu cepat-cepat dia hubungi dan bagitahu, bukan diam. Semoga rezeki akak ni dan keluarganya terus dimurahkan. Amin.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh


Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – 'Baki RM103 Aku Halalkan Saja' 8


Tetap Bayar Hutang Walau Hanya Mampu RM7, Lelaki Ini Terharu Dengan Penghutang Dari Syurga – 'Baki RM103 Aku Halalkan Saja' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo