Berita

THT berkampung di Bukit Jalil

THT berkampung di Bukit Jalil 2

Kuala Terengganu: Gergasi Pantai Timur, Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan ‘berkampung’ di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bermula 26 Februari ini untuk meneruskan sesi latihan menjelang Liga Hoki Malaysia (MHL) bulan depan.

Ketua jurulatihnya, K Rajan menjelaskan tempoh latihan berkenaan begitu penting buat pemainnya membentuk keserasian kerana perlawanan sebenar hanya berbaki kurang sebulan sebelum dilangsungkan.

“Sebelum ini kita rancang berlatih di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu, namun disebabkan wabak Covid-19 masih belum reda dan masakian suntuk serta kejohanan berpusat di Bukit Jalil, jadi kita ubah latihan di sana.

“Ia memudahkan lagi kita mengatur beberapa perlawanan persahabatan kerana majoriti pasukan menyertai kejohanan juga berpusat di Lembah Klang.

“Justeru kita sudah membuat permohonan untuk mengadakan latihan di Bukit Jalil, namun ia bergantung kelulusan daripada pihak stadium yang juga bakal mendapat pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya hari ini.

Mengulas mengenai pemain import, bekas jurulatih skuad junior kebangsaan ke Piala Dunia Remaja 2009 itu selain pernah membimbing pasukan TNB berkata, THT terpaksa melupakan khidmat tenaga import musim ini di sebabkan beberapa kekangan.

“Kita hanya sandarkan kepada semua pemain tempatan, lagipun gabungan pemain senior dan junior serta pemain kebangsaan sudah cukup meyakinkan kami untuk menjadi pencabar utama musim ini. Buat masa ini pemain menjalani latihan kendiri di kediaman masing-masing sebelum menghantar video kepada barisan jurulatih untuk dianalisis,” katanya.

THT berkampung di Bukit Jalil 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo