KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menafikan berlakunya pendakwaan terpilih yang bermotif politik serta bersifat penganiayaan dalam pendakwaan kes baru-baru ini.
Menurutnya, keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan suruhanjaya tersebut.
Jabatan berkenaan menegaskan, sebarang pertuduhan bukan atas desakan mana-mana pihak atau faktor lain seperti yang ditohmahkan.
“Jabatan Peguam Negara menafikan tohmahan terhadap wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
Keputusan yang diambil terhadap mana-mana individu dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan dan tidak memihak kepada sesiapa.
Individu yang didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang.
Tindakan jabatan tersebut berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya.
Ini selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Terkini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.
Muhyiddin, 76, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima rasuah dan dua pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu, yang juga Pengerusi Perikatan (PN) mengaku tidak bersalah.
Sebelum ini, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, mengaku tidak bersalah.-MalaysiaGazette
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo