Artikel Terkini

Tiada rundingan GPS, PN – Ahmad Zahid

Tiada rundingan GPS, PN – Ahmad Zahid
Tiada rundingan GPS, PN - Ahmad Zahid 1

PETALING JAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau sahaja yang layak dalam menentukan apa-apa gabungan politik bersama BN dalam penubuhan kerajaan.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang perundingan dengan Perikatan Nasional setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

“BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan PN.

“Dalam pada itu, kesemua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian termasuk kerusi Parlimen.

“Ia selaras dengan undang-undang laranhan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, GPS bersetuju membentuk gabungan bersama PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat. – KOSMO! ONLINE


Tiada rundingan GPS, PN - Ahmad Zahid 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo