Berita

Tiada tawaran menyanyi, Sheeda okay dengan menjual makanan

Tiada tawaran menyanyi, Sheeda okay dengan menjual makanan 2

Kuala Lumpur: Walaupun menganggap kerjaya nyanyiannya ‘mati’ sejak setahun ini akibat penularan Covid-19, penyanyi dangdut Sheeda, 57, mengakui Allah SWT menggantikannya dengan rezeki lain.

Sheeda berkata, walaupun tawaran persembahan tidak diterima sejak tahun lalu apabila semuanya dibatalkan, dia bersyukur mampu bertahan meneruskan kehidupan dengan berniaga makanan daripada tempahan pelanggan.

“Alhamdulillah, sepanjang setahun bertahan melalui pengalaman Covid-19 ini, saya masih tidak putus rezeki. Walaupun tawaran persembahan tiada, Allah gantikan dengan cabang rezeki lain.

“Kunci pada rezeki ini adalah doa dan yakin dengan ujian Allah serta perancangan terbaik-Nya. Apatah lagi, saya sebagai ibu tunggal yang ada dua anak masih belajar di universiti dan seorang lagi di tingkatan satu.

“Saya reda dengan apa yang berlaku sekarang kerana sudah ditakdirkan pandemik ini melanda dan banyak pengajaran yang baik buat saya, terutama dari segi memperbaiki amal ibadat untuk bekalan di akhirat nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai wang tabungan, Sheeda berkata, itu tidak dinafikan mestilah ada, tapi jumlahnya tidaklah begitu banyak.

Bagaimanapun, berkat doa meminta bantuan daripada Allah, cabang rezeki lain diberikan-Nya.

“Dalam hidup ini, saya letakkan dalam diri jangan merungut tapi terus berusaha. Ditambah, saya juga terbiasa mengamalkan hidup bersederhana yang mana ada rezeki untuk makan hari-hari, sudah cukup.

“Malah, selama ini pun saya tak tunjuk pada orang saat senang, apa lagi di waktu susah. Jadi, apa yang buat saya tenang lagi sebenarnya rezeki masa yang Allah beri untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga termasuk mempertingkatkan amalan diri.

“Saya pun usia dah makin meningkat dan boleh dikata di tahap ’emas’, jadi kesempatan yang ada ini adalah peluang buat saya memperbaiki kekurangan diri ke arah lebih baik selagi diberikan masa,” katanya.

Menurut Sheeda, sejak tahun lalu hingga kini dia meneruskan kelangsungan hidup secara menerima tempahan makanan daripada pelanggan.

Katanya, apa saja makanan yang pelanggan minta dimasakkan, dia terima kerana ia adalah rezeki.

“Saya ada masak nasi minyak Sheeda, kambing perap, mi goreng, bihun goreng, kuih-muih dan apa sajalah yang ditempah. Saya biasanya akan terima dan tak berkira soal harga, ikut bajet pelanggan termasuk buat ulasan produk di media sosial,” katanya.

Menurut Sheeda yang pernah popular dengan lagu Angkat Kaki, dalam meneruskan hidup kita perlu rajin mencari rezeki dan tidak bergantung harap untuk menunggu bantuan disediakan kerajaan saja kerana mungkin ada orang yang lebih susah daripada kita.

Pada awal Mac tahun lalu, Sheeda mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Sukri Hashim, 40, selepas 12 tahun hidup bersama dan memiliki seorang anak lelaki, Muhammad Aiman, 13.

Sheeda dan Sukri yang juga seorang guru berkahwin pada 2007.

Tiada tawaran menyanyi, Sheeda okay dengan menjual makanan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo