Berita

Tiada tekanan bawa dua lagu

Tiada tekanan bawa dua lagu 2

Kemunculan kali pertama penyanyi popular, Wany Hasrita pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) menerusi lagu Menahan Rindu mendapat pelbagai maklum balas dan kritikan.

Sejak itu, Wany, 28, atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah terus memperbaiki kelemahan yang ada terutama dari segi nyanyian.

Hasilnya, Wany semakin menampakkan kemajuan, malah ia jauh lebih baik daripada awal kemunculan.

Apatah lagi, kebanyakan single yang dilancarkan sebelum itu turut menampilkan kelainan dan sisi matang Wany sebagai penyanyi.

Enggan mengulangi kesilapan sama, Wany sudah mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal. Malah, inisiatif itu dibuat Wany setiap kali terbabit dalam persembahan besar.

Menerusi peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 yang berlangsung minggu ini, Wany menggalas tanggungjawab dengan menyanyikan dua lagu hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong iaitu Canggung dan Belenggu Rindu bersama Datuk Jamal Abdillah.

Menurut Wany, dia sudah berusaha sebaik mungkin dan selebihnya berdoa dan tawakal kepada Allah SWT.

“Dari segi persiapan, saya sudah buat sejak hujung Oktober lalu. Setakat ini semuanya okay dan alhamdulillah. Sekarang ini kena banyak berdoa dan tawakal. Sebab saya sudah berusaha.

“Apabila atas pentas apa saja boleh berlaku. Kalau sudah buat latihan setiap hari pun, tapi kalau Allah kata bukan rezeki untuk orang tengok kita bagus atas pentas, akan berlaku juga perkara tak sepatutnya. Jadi, sekarang ini kena tawakal dan banyak doa,” katanya.

Wany bakal muncul pada 20 November ini menerusi lagu Canggung dan seterusnya pada 22 November ini untuk lagu Belenggu Rindu.

Ditanya mengenai lagu yang menjadi pilihannya untuk melangkah ke pentas AJL 35, Wany berharap kedua-dua lagu bakal terpilih.

“Tekanan dua lagu sebenarnya tidak ada. Sebab saya suka dan ‘enjoy’ buat perkara ini. Dari segi lagu Belenggu Rindu tidak ada masalah. Cuma lagu Canggung kena banyak latihan dan lebih sikit.

“Saya harap kedua-duanya dapat masuk AJL. Sebab masing-masing ada kekuatan. Canggung seakan tradisional, tapi ada elemen moden, jadi muzik lain. Belenggu Rindu pula ada Datuk Jamal. Ia satu penghargaan besar apabila dapat menyanyikan lagu ini di pentas akhir,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangannya dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33), Wany mengakui ia hasil usaha dan kerja keras kelab peminat, Wanyhasnizers.

“Alhamdulillah ada rezeki tahun ini. Terima kasih banyak kepada peminat terutama Wanyhasnizers yang mengundi. Saya tahu betapa susahnya mereka nak undi setiap hari. Mereka meluangkan masa yang banyak untuk memastikan kemenangan ini.

“Kalau dalam kumpulan WhatApp, boleh dikatakan memang kecoh dan ‘blast’ habis-habisan. Sampai mereka setiap hari pergi pusat beli-belah untuk imbas kod bar Xiaomi itu.

“Terima kasih banyak kepada semua yang undi. Nak menjangka menang atau tidak, selalunya setiap kali pergi acara anugerah saya tak nak meletakkan harapan tinggi. Memang nak bergembira saja. Apatah lagi dalam suasana sekarang yang normal baharu, jadi memang nak tengok perjalanan itu macam mana. Apa pun, Alhamdulllah ini rezeki,” katanya.

Tiada tekanan bawa dua lagu 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo