Infotainment

Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad

Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad 2

Akui tidak berkecil hati selepas didakwa disindir pengacara Nabil Ahmad ketika mengendalikan program Gegar Vaganza secara langsung, pengacara tersohor tanah air, Azwan Ali atau lebih mesta disapa Diva AA tampil memaafkan pengacara itu andai benar beliau memerlinya.

Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad 3

Katanya, tiada masa untuk memikirkan perkata itu, malah beliau juga menegaskan dirinya tidak mempunyai masalah dengan pelawak itu.

“Saya tak tengok pun video katanya dia sindir saya dalam program itu. Tetapi kalau betul dia sindir saya dalam program siaran langsung, saya maafkan dia.”

Dedahnya lagi, andai Nabil mahu bersikap kurang ajar itu terpulang kepadanya kerana beliau tidak menyebut namanya.

Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad 4

“Kalau betul dia berkelakuan begitu dan mahu bersikap kurang ajar, terpulang kepada dia. Saya tiada masalah dengan Nabil. Dia tak sebut nama saya kan, jadi lantak dia.”

Tidak hanya berdiam begitu sahaja, Diva AA tampil memaklumkan kepada semua pengacara agar sentiasa berhati-hati ketika mengacara dan menghormati kerana industri seni tanah air bukanlah sebesar mana.

Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad 5

“Saya tiada masa untuk berdendam dan ambil hati. Dunia hiburan kita terlalu kecil. Bagi saya, sindir-menyindir dalam program secara langsung tidak patut berlaku. Nasihat saya cuma satu ,kepada Nabil bahkan kepada pengacara lain, sila berhati-hati ketika program secara langsung sedang disiarkan.

Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad 6

Terkenal dengan sikpa profesional, Diva AA akui isu remeh seperti itu tidak perlu dibesarkan kerana ia mampu menjadi perdebatan besar dalam kalangan peminat sehingga boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis dalam sekelip mata.

Sumber: Kosmo!





Tidak Mahu Menyimpan Dendam, Diva AA Tampil Maafkan Nabil Ahmad 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo