Infotainment

Tiket Konsert Blackpink Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam 30 Minit

Tiket Konsert Blackpink Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam 30 Minit
Tiket Konsert Blackpink Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam 30 Minit 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini ramai peminat kecewa dengan harga tiket konsert kumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink yang dikatakan tiket paling mahal dijual di Malaysia setakat ini yang mencecah hampir RM2,000. Konsert Blackpink tersebut akan berlangsung pada 4 Mac 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan:

Bagi pembelian tiket konsert Blackpink, ia dibahagikan kepada tiga tarikh berbeza iaitu pada tarikh 15 November untuk pembelian kepada ahli kelab Blackpink sahaja yang dikenali sebagai ‘Blink’.

Pada 16 November pula pembelian tiket untuk ahli Live Nation (penganjur) sahaja dan pada 17 November, tiket akan dijual kepada umum tanpa mendaftar ahli kelab atau ahli Live Nation.

Tiket Konsert Blackpink Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam 30 Minit 3
Sumber: OhBulan

Sejak dibuka pada sesi pertama iaitu 15 November, tiket VIP telah habis dijual dengan harga RM1,888 dan ramai yang berkongsi pembelian mereka di media sosial selepas berjaya membeli tiket tersebut meskipun ketika pembelian itu laman web Live Nation mengalami masalah teknikal.

Difahamkan semasa jualan umum dibuka pada jam 10 pagi tadi, tiket konsert itu laris dijual dalam masa 30 minit sahaja. Disebabkan terlampau ramai membeli dalam satu masa, banyak peminat yang sedih kerana tidak sempat untuk membeli tiket tersebut.

Tiket Konsert Blackpink Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam 30 Minit 4

Walaupun ramai yang berpendapat tiket Blackpink terlalu mahal, tetapi ramai yang membelinya dengan cepat. Bagaimanapun, kebanyakkan peminat berpendapat agar penganjur mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak tiket konsert memandangkan tempat yang besar dan boleh memuatkan seramai 87,000 penonton.

Kumpulan wanita K-pop yang terdiri daripada empat orang iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa yang akan diadakan pada 4 Mac 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Tiket Konsert Blackpink Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam 30 Minit 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo