Berita

Tingkat taraf hidup penerima | Harian Metro

Tingkat taraf hidup penerima | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Inisiatif kerajaan memperluas pelaksanaan program iTEKAD menerusi Belanjawan 2021 akan memastikan strategi pemulihan ekonomi negara yang lebih menyeluruh dalam tempoh krisis pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, dengan lebih banyak pembabitan institusi kewangan lain serta kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan rakan pelaksana pada tahun hadapan, Bank Islam percaya ia akan turut meningkatkan taraf hidup penerima.

“Kami mengalu-alukan langkah kerajaan mempertingkat peruntukan Kemudahan Perusahaan Mikro sebanyak RM110 juta dan memperluas pelaksanaan program iTEKAD.

“iTEKAD adalah satu kemudahan pembiayaan mikro yang memastikan penjanaan pendapatan mampan serta daya tahan kewangan perniagaan yang dimiliki golongan B40 dan asnaf dalam mengharungi kesan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, iTEKAD antara instrumen Kewangan Sosial Bank Islam dalam memastikan kesejahteraan sosio-ekonomi negara.

Bank Islam diberi kepercayaan untuk menerajui program iTEKAD bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta SME Corp dan program berkenaan berkembang dengan baik sejak dilancarkan pada Mei 2020.

Katanya, kemudahan pembiayaan mikro itu memberi akses pembiayaan kepada peniaga dan pengusaha kecil, sementara kemudahan Kewangan Sosial Islam seperti zakat atau sedekah dimanfaatkan untuk pembelian peralatan atau kelengkapan perniagaan yang diperlukan oleh penerima yang layak.

“Program ini turut menggabungkan latihan keusahawanan dan pengurusan kewangan berstruktur bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran peserta,” katanya.

Tingkat taraf hidup penerima | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo