Artikel Terkini

Tip Memilih Barang Dekor Yang Perlu Ada Di Ruang Tamu Anda

Tip Memilih Barang Dekor Yang Perlu Ada Di Ruang Tamu Anda
Tip Memilih Barang Dekor Yang Perlu Ada Di Ruang Tamu Anda 1

IMPIANA bawakan tip memilih barang dekor yang perlu ada di ruang tamu anda. Ruang tamu adalah ruang yang paling utama dalam rumah, ruang ni kalau tak cantik dan salah hias tiada seri la rumah tu. Pemilihan perabot dan perhiasan lain memang la sangat penting. Bukan boleh main letak sahaja. Ruang tamu adalah satu tempat yang sangat penting, sebab tempat itulah yang akan kita lalu dulu bila masuk dalam rumah.

Kalau tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut pun, ruang ni jugalah yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak apa, tapi jangan sesekali ruang tamu!

Jadi, macam mana caranya untuk memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah? Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut dan senang untuk dikemas.

Untuk membantu anda supaya tak perlu pening lagi, IMPIANA sajikan tip memilih barang dekor untuk ruang tamu anda.

Tip Memilih Barang Dekor Yang Perlu Ada Di Ruang Tamu Anda 2

1) Sofa

Kalau ada ruang yang besar dan bajet lebih, boleh gabungkan 2 atau 3 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lagi menyerlah. Boleh pilih jenis dan material yang berbeza untuk memberikan keunikan pada ruang tamu. Untuk cantikkan lagi sofa, anda harus membeli kain penutup dan/atau bantal sofa yang sepadan (sama ada dalam teksturnya ataupun warna).

2) Lampu Siling/Berdiri

Jika ruang tamu kecil, 1 lampu dah cukup untuk menerangi ruangan tersebut. Namun, jika siling di ruang itu agak tinggi, pilihlah beberapa jenis lampu yang lebih besar. Ada meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi? Letakkan lampu di situ sebagai ganti.

Tip Memilih Barang Dekor Yang Perlu Ada Di Ruang Tamu Anda 4

3) Kipas
Kalau rasa kipas biasa membosankan dan tak sesuai dengan dekorasi rumah – boleh cari yang mempunyai bentuk (seperti 2 bilah saja!) dan warna unik.
Tentukan dulu saiz serta jumlah bilah kipas siling yang diperlukan, kerana pilihan yang salah tak akan memberikan aliran udara yang betul.

4) Meja Kopi
Untuk memastikan deko ruang tamu anda ni selesa, pilihlah meja kopi dengan ketinggian yang sama dengan bantal di sofa, atau satu hingga dua inci lebih rendah.
Nak menyesuaikan meja kopi dengan ruang tamu? Lihatlah pada sofa yang anda miliki. Contohnya: Kalau sofa mempunyai kaki yang kurus tinggi, dapatkan meja yang rapat ke lantai atau mempunyai kaki yang lebih pendek.

5) Kabinet TV
Sebelum membeli kabinet TV, anda kena pastikan dulu ketinggian skrin TV yang selesa apabila duduk di ruang tamu.
Penting juga untuk anda ambil kira bentuk ruang tamu, supaya kabinet yang dipilih mempunyai bentuk dan fungsi yang praktikal, serta padan dengan warna perabot lain di ruang tamu.

6) Cermin
Boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka. Tiga perkara penting yang harus anda perhatikan ketika memilih cermin adalah saiz ukuran, bentuk, dan gaya.

7) Karya Seni
Ketika memilih karya seni, lebih besar saiznya, lebih baik. Contohnya, untuk ruang dinding di atas sofa, karya seni perlu bersaiz kira-kira 2/3 daripada lebar sofa atau lebih besar. Sekiranya mempunyai lukisan atau cetakan yang anda gemari tetapi ukurannya terlalu kecil, anda boleh membingkainya dengan bahan yang sangat besar untuk meningkatkan kesan visualnya.

Walau apa pun yang anda pilih sebagai dekorasi ruang tamu anda, pastikan setiap hiasan dalaman yang dibeli adalah apa yang anda suka. Jangan sesekali memilih barangan atau perabot hanya kerana ingin mengikut jiran sebelah atau bertanding dengan orang lain. Dengan itu, anda pun akan berasa puas hati dan gembira apabila melihat ruang tamu anda lengkap dihias!

Artikel Berkaitan: 5 Perkara Ini Punca Ruang Tamu Tidak Selesa

Tip Memilih Barang Dekor Yang Perlu Ada Di Ruang Tamu Anda 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo