Infotainment

Tol Gombak Dan Sungai Besi Mula Sesak, Ada Cubaan Balik Kampung Sebelum ‘Total Lockdown’?

Tol Gombak Dan Sungai Besi Mula Sesak, Ada Cubaan Balik Kampung Sebelum 'Total Lockdown'? 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam kerajaan telah mengumumkan ‘total lockdown’ bagi seluruh Malaysia selepas kes wabak COVID-19 merekodkan angka baharu iaitu lebih 8,000 kes.

Terbaharu, tular di media sosial apabila terdapat kesesakan lalu lintas yang melibatkan laluan menghala ke Pantai Timur dan Selatan tanah air.

Gambar yang tular terbabit terjadi di Tol Gombak dan Tol Sungai Besi dengan ratusan kenderaan sudah mula berbaris di atas lebuh raya.

Dah start bersusun kereta kat tol gombak hala Bentong and tol sungai besi hala ke selatan. Semua pakat² nak keluar dari…

Posted by OHBULAN! on Friday, May 28, 2021

Tidak pasti ke mana tujuan mereka, tetapi ada beberapa andaian daripada warganet bahawa ini adalah cubaan rentas negeri disebabkan perintah ‘lockdown’ yang bakal dikuatkuasakan.

Beberapa warganet berharap kereta yang sedang beratur menghala ke Selatan dan Pantai Timur tanah air itu mengambil sikap bertanggungjawab dengan memikirkan penularan kes wabak COVID-19 yang kini sudah tidak terkawal.

Selain itu, gambar terbabit turut mendapat perhatian Facebook rasmi Public Health Malaysia yang seakan kecewa dengan sikap segelintir yang cuba untuk merentas negeri.

Jangan sia siakan pengorbanan semua. Bukan mudah untuk buat keputusan untuk lockdown.

Posted by Public Health Malaysia on Friday, May 28, 2021

“Sila kekal berada di mana anda berada sekarang. Jangan sia siakan pengorbanan semua. Bukan mudah untuk buat keputusan untuk lockdown,” katanya di laman Facebook mereka.

Dalam ciapan yang dimuatnaik oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia di laman Twitter, LLM melaporkan bahawa trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.

Manakala Polis Daerah Gombak turut mengesahkan bahawa pemeriksaan ketat akan dilakukan pihaknya dan menjangkakan kesesakan lebih teruk akan berlaku akibat pemeriksaan itu.

Manakala trafik yang menghala ke Selatan pula, LLM menyatakan bahawa pada pukul jam 10.00 pagi tadi, trafik sudah mula sesak sekitar 1 KM sebelum masuk ke Tol Sungai Besi.

Situasi ini jelas tidak boleh diterima oleh warganet, tambah-tambah lagi dengan situasi COVID-19 yang tidak terkawal.

Kebanyakan daripada mereka berharap agar pihak polis memeriksa setiap kereta dengan teliti agar tidak ada aktiviti rentas negeri hanya untuk pulang ke kampung.

Malaysia antara 19 negara yang berpotensi ‘hancur’ akibat wabak COVID-19, lapor data antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal

Pilihan Raya Negeri Sabah Punca Gelombang Baharu COVID-19 Di Malaysia, Lapor Kajian Antarabangsa

 



Tol Gombak Dan Sungai Besi Mula Sesak, Ada Cubaan Balik Kampung Sebelum 'Total Lockdown'? 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo