Infotainment

Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini!

Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini!
Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini! 1

Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini!

Selepas hampir sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa, Syawal yang dinanti bakal tiba. Sambutan Syawal tahun ini sudah tentunya lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini di mana kemeriahan beraya tidak dapat dirasai dek penularan wabak Covid-19.

Apa lah ertinya Hari Raya Aidilfitri kalau tiada kuih raya, rendang, ketupat dan paling penting sekali kemeriahan beraya dengan keluarga sambil berkongsi gelak dan tawa kan? Jadi, bagi memeriahkan lagi Syawal tahun ini, tonton CINEMA bakal membawakan 3 telefilem baru yang korang boleh tonton secara percuma!

Bini-Bini Lockdown

Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini! 3

Bini-Bini Lockdown mengisahkan tentang watak Azim yang dilakonkan oleh Dato’ Afdlin Shauki yang perlu menguruskan empat orang isterinya ketika mereka semua terperangkap di dalam satu rumah semasa lockdown. Turut dibintangi Nasha Aziz, Nadia Brian, Datin Paduka Eina Azman, dan Sangeeta Krishnasamy.

Bagaimana liciknya Azim ketika cuba untuk mengelakkan isteri-isterinya mengetahui yang dia sudah beristeri empat. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya, mampukah Azim mengatasi kemahuan serta keranah isterinya? Saksikan di tonton CINEMA.

Artis Pujaanku Mai Beraya

Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini! 4

Satu kampung kecoh dan teruja apabila Zain membawa pulang rakannya, artis paling popular Malaysia, Syafinaz yang ingin merasai pengalaman pertama kali menyambut Ramadhan di luar bandar setelah bertahun-tahun di luar negara. Artis Pujaanku Mai Beraya yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan, Sherry Al Jeffry, dihiasi dengan suasana lawak dan ceria!

Katanya, Zain ada perasaan pada Syafinaz dan cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.

Hantu Karaoke

Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini! 5

Kisah komedi tentang Abu Bakar yang pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan kesedihannya, bertemu dengan Cumi, seorang hantu! Abu Bakar yang terkejut dan takut cuba lari namun Cumi menahan dan merayu untuk membantu dia untuk menyempurnakan mayat Cumi.

Dibintangi oleh Hazama, Nabila Razali, Nazrief Nazri, Nazeera Sardi, Adeline Tsen

Semua filem ini bakal tersedia untuk ada bermula 1 Syawal di tonton CINEMA dan YouTube TV3 secara percuma!

Untuk keterangan lanjut berkaitan filem tonton CINEMA, layari aplikasi menerusi telefon pintar, laman sesawang rasmi tonton CINEMA, Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter.


Tonton 3 Telefilem Baru Di tonton CINEMA Secara Percuma Aidilfitri Ini! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list