Berita

Tragedi gaduh urusan keluarga | Harian Metro

Tragedi gaduh urusan keluarga | Harian Metro 2

Gombak: Hanya kerana mencampuri urusan rumahtangga abang ipar dan kakaknya menyebabkan remaja lelaki maut selepas ditikam dengan pisau di Taman Pinggiran Batu Caves, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati pada 7.45 malam berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan isteri serta keluarga isterinya.

Menurutnya, ia berpunca daripada keengganan isteri suspek untuk tinggal bersama-sama disebabkan kurang selesa kerana rumah suaminya (suspek) turut dihuni oleh adik-beradik suspek yang lain.

“Dalam insiden itu berlaku pertengkaran mulut, provokasi dan pergelutan antara suspek dan adik ipar berusia 17 tahun yang mana mangsa tidak berpuas hati apabila lelaki itu mengeluarkan perkataan tidak baik kepada ibunya.

“Akibat pergelutan dengan mangsa, suspek mengalami kecederaan di bahagian dada manakala mangsa mengalami kecederaan kesan tikaman di bahagian bawah dada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, seterusnya mangsa dibawa ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada 9 malam.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Motif kejadian disyaki kerana mangsa mencampuri urusan dan masalah rumahtangga suspek dan isterinya,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas pisau lipat berukuran 17 sentimeter di lokasi kejadian dipercayai digunakan dalam kejadian ini.

“Susulan itu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak membuat tangkapan seramai empat lelaki dan lima wanita berusia 25 hingga 72 tahun di sekitar Batu Caves bermula kelmarin hingga semalam selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan ini untuk membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dankesemua suspek ditahan reman seminggu bermula semalam hingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tragedi gaduh urusan keluarga | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo