Berita

Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular

Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular 2

Kuantan: Dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini, hari ini.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, manakala Mohd Fazrul Hakimi, 11, yang juga adik kepada Nor Najuwa masih belum ditemukan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 5.45 petang iaitu 10 minit selepas mangsa bersama-sama ahli keluarganya tiba di pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah mereka.

“Kita difahamkan kanak-kanak terbabit terdiri daripada dua jiran yang tinggal di sebuah kuarters guru berhampiran. Mereka ke pantai bersama ahli keluarga dewasa, namun dikatakan berlari meninggalkan kumpulan itu, mungkin disebabkan terlalu teruja untuk mandi.

“Kejadian lemas difahamkan terjadi di hadapan ahli keluarga lain, yang lewat hanya beberapa minit di belakang mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ juga hampir lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam.

Sementara itu, Mohamad Noor berkata, operasi mencari dan menyelamat Mohd Fazrul Hakimi yang bermula petang tadi akan diteruskan hingga 10.30 malam membabitkan pencarian dalam lingkungan hingga dua kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, operasi itu membabitkan pegawai dan anggota polis, bomba serta bantuan 65 penduduk kampung selain nelayan yang mempunyai bot sendiri bersetuju menawarkan bantuan mencari mangsa di pesisir pantai.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo