Berita

Trajektori pertumbuhan 2021 kekal di landasan – BNM

Trajektori pertumbuhan 2021 kekal di landasan - BNM 2

Kuala Lumpur: Trajektori pertumbuhan negara untuk 2021 kekal di landasannya dalam persekitaran petunjuk yang positif dalam ekonomi walaupun terdapat peningkatan semula virus dan pelaksanaan langkah-langkah untuk membendungnya, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga jauh lebih baik daripada unjuran konsensus dan akan menempatkan kita di landasan trajektori pertumbuhan,” katanya.

Ekonomi Malaysia menyaksikan penguncupan/pertumbuhan sebanyak -2.7 peratus pada suku ketiga, meningkat daripada -17.1 peratus dicatatkan pada suku kedua berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Petunjuk menunjukkan aktiviti ekonomi domestik yang asas berada di landasan pemulihan daripada tempoh yang sukar pada April, katanya pada taklimat kepada editor-editor kanan, pada Khamis.

Antara lain, Indeks Pengurus Pembelian (PMI), Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia untuk kaunter berkaitan pembinaan, jualan kenderaan komersial dan perbelanjaan kad kredit, masing-masing kekal di landasan pengembangan.

Nor Shamsiah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini lebih bersasar dan mempunyai mobiliti yang lebih baik berbanding sebelum ini pada Mei-Jun, justeru, impaknya tidak seteruk sebelum ini.

Setakat ini, katanya perbelanjaan pengguna adalah baik.

Beliau berkata, pertumbuhan positif semasa PKPB adalah disebabkan jumlah peniaga menggunakan terminal tanpa tunai meningkat, peningkatan perbelanjaan tanpa tunai dan perbelanjaan pengguna yang meningkat semula berikutan keadaan pasaran buruh yang lebih baik.

Mengenai prospek bagi 2020, katanya: “Kami mengambil kira kemungkinan peningkatan semula virus dan pelaksanaan langkah-langkah untuk membendungnya. Oleh itu, prospek pertumbuhan untuk tahun tersebut kekal antara -5.5 hingga -3.5 dan pertumbuhan dijangka rendah daripada julat kami.”

Isi rumah dan perniagaan turut dapat menyesuaikan dengan lebih cepat kepada sekatan mobiliti baru-baru ini, katanya.

Dasar monetari yang akomodatif, bantuan yang berterusan kepada segmen yang mudah terjejas dan pemindahan tunai kepada isi rumah yang terjejas sudah dapat menyokong ekonomi, katanya.

“Apa yang lebih penting ialah trajektori pertumbuhan yang telah diumumkan hingga 2021 kekal di landasannya. Kita akan menyaksikan peningkatan semula pertumbuhan pada tahun depan,” katanya.

BNM sebelum ini mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus hingga 8.0 peratus pada 2021, manakala Kementerian Kewangan (MoF), dalam Prospek Ekonominya yang terkini, menilai ekonomi akan berkembang antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun depan.

Trajektori pertumbuhan 2021 kekal di landasan - BNM 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo