Berita

Trump pecat Ketua Keselamatan Siber AS

Trump pecat Ketua Keselamatan Siber AS 1

Trump pecat Ketua Keselamatan Siber AS 2

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Selasa berkata, Chris Krebs ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (CISA) AS.

“Kenyataan Chris Krebs, baru-baru ini, mengenai keselamatan Pilihan Raya 2020 sangat tidak tepat … Oleh itu, berkuat kuasa serta-merta, Chris Krebs dipecat sebagai Pengarah Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur,” tulis Trump di Twitternya, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, Trump mendakwa ‘terdapat penipuan besar-besaran termasuk orang yang sudah meninggal dunia turut mengundi’.

“Pemerhati pilihan raya tidak dibenarkan masuk ke tempat pengundian, ‘gangguan’ di mesin pengundian, undi berubah .. undi Trump ke Biden, pengundian lewat, dan banyak lagi,” tulis Trump.

Krebs, yang dilantik Trump berkhidmat sebagai ketua CISA sejak penubuhan agensi itu di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada 2018.

Demokrat, serta beberapa media utama AS menolak tuduhan Trump itu kerana ia dibuat tanpa sebarang bukti.

Trump pecat Ketua Keselamatan Siber AS 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo